Taktikal 'Back Four', Aidil dedahkan rahsia kemenangan Kedah
Taktikal ‘Back Four’, Aidil dedahkan rahsia kemenangan Kedah

Taktikal ‘Back Four’, Aidil dedahkan rahsia kemenangan Kedah

Dalam sidang media sejurus melakar kemenangan 2-1 ke atas Penang FC, Aidil Sharin Sahak telah diajukan soalan tentang formasi taktikal Kedah Darul Aman iaitu mengapa ‘back three’ menjadi pilihannya sebelum ini.

Katanya, Kedah bermain dengan ‘back four’ menentang Penang walaupun terdapat tiga bek tengah di dalam kesebelasan utama – berlainan dengan formasi ketika ditundukkan 1-4 Selangor FC pada minggu lalu.

“Saya tak tahu anda tengok perlawanan tadi atau tidak. Kami tidak bermain ‘back three’ tetapi ‘back four’. Inilah yang semua perlu lebih memahami bola sepak. Ini kerana terlalu banyak komen negatif sebelum ini. Saya rasa ini bukanlah suasana bola sepak di Malaysia. Saya harap anda akan lebih memahami.

“Hari ini kami bermain dengan ‘back four’. Kami telah mengubah taktikal sebelum ini. Saya membuat kesilapan dan bertanggungjawab atas kekalahan sebelum ini. Kali ini kami ubah dan dapat tiga mata jadi, kami harus terus membuat pembetulan agar tidak melakukan kesilapan dalam perlawanan seterusnya.” Kata Aidil Shahrin

Berdasarkan formasi yang dikongsikan, Kedah bermain dengan formasi 4-4-2 dengan Marc Vales diletak di posisi bek kanan, bukan bek tengah – posisi premiernya. Di tengah benteng, gandingan Jang Suk-won dan Rodney Calvin diletakkan, sementara Ariff Farhan berada di posisi bek kiri. Kedua-duanya bukan bek sayap.

Walaupun ia posisi sekunder, beliau diperlukan untuk menampung kelemahan di posisi itu selepas ketiadaan Amirul Azhan. Formasi ‘back three’ sebelum ini diubah dengan menolak Marc Vales ke sisi kanan. Pastinya sedikit kekok kerana sepanjang kariernya beliau lebih banyak bermain di bek tengah dan tengah bertahan.

Selepas kehilangan Rizal Ghazali, Kedah masih bergelut mendapat pemain setara dengannya. Ini pilihan yang ada selepas Amirul Azhan pula mengalami kecederaan. Aidil Sharin telah belajar daripada kesilapannya kerana terlalu mendedahkan bentengnya ketika dimamah ‘sakan’ Selangor dan kali ini, Kedah nampak seimbang.

Posisi tengah Sang Kenari di gerakan oleh dua jeneral. Dechi Marcel dan bekas jeneral Harimau Kumbang musim lalu, Khairu Azrin Khazali – kali pertama diturunkan dalam skuad utama selepas berehat dua bulan.

Kedua-duanya bermain dengan baik, mengatur asakan dan bertahan. Namun, nasib kurang menyebelahi apabila kesilapan Marc Vales yang terlepas larian T Saravanan menyumbang kepada jaringan pertama tuan rumah.

Di jentera sayap, Aidil Sharin telah mempertaruhkan Fayadh Zulkifli dan Al-Hafiz Harun – dua pemain licik dan berbahaya. Kedua-dua pemain ini sentiasa mengeksploitasi kelemahan kawasan defensive third tuan rumah. Begitu juga dengan Syafiq Ahmad yang menjadikan kawasan itu ‘taman permainannya’ sepanjang beraksi.

Aidil Sharin mungkin mengesan masalah utama pasukannya adalah hantaran ke depan selain masalah kecergasan Khairu Azrin yang baru pulih. Fadzrul Danel mengambil alih tempatnya pada awal babak kedua untuk menyuntik tenaga. Ini komen beliau tentang percaturannya untuk mengeluarkan awal Khairu Azrin.

Ditanya Semuanya BOLA tentang pertukaran yang memberi impak itu di sidang media, pengendali kelahiran Singapura itu berkata

“Anda perlu faham mengapa setiap pertukaran itu dibuat. Khairu Azrin tidak beraksi selama dua bulan akibat masalah kecederaan. Dia masih memerlukan match fitness sedikit demi sedikit.”

“Kami perlu berlaku adil terhadap situasinya [Khairu Azrin]. Untuk babak kedua, saya nampak kami perlukan perubahan taktikal. Kami perlukan seseorang di tengah yang bertenaga untuk merantai nombor 14 (Endrick dos Santos). Ia berkesan. Kredit kepada para pemain kerana berjaya mengikut perancangan pasukan.”

Baca Juga : Azraai Khor terkejut lihat Kedah DA FC hanya ada 1 ‘ubi’

Formasi 4-4-2 memberi keseimbangan kepada Kedah berbanding formasi 3-4-3 sebelum ini. Peranan Fullback digunakan kerana wingback boleh mengundang risiko jika bek sayap gagal turun segera dalam fasa bertahan – seperti berdepan Selangor. Dua pemain tengah menjadi fokal kekuatan ketika bertahan dan menyerang.

Fadzrul Danel memberi dimensi baharu dan juga tenaga tambahan untuk mengawal bahagian tengah bersama Dechi Marcel di babak kedua. Aidil Sharin menyuntik masuk tepat pada masanya pemain tengah itu untuk menggantikan Khairu Azrin. Hasilnya Kedah berjaya membocori gawang Harimau Kumbang akhirnya.

Baca Juga : Masih relevankah Thomas Trucha buat Penang FC?

(Visited 1,119 times, 1 visits today)

COMMENTS