Tangani isu 3 beradik mualaf secara hikmah – Dr Azizan
Tangani isu 3 beradik mualaf secara hikmah – Dr Azizan

Tangani isu 3 beradik mualaf secara hikmah – Dr Azizan

“Islam adalah agama yang memberi kebebasan untuk beragama, bukan nak paksa sesiapa pun menganut agama Islam. Tetapi kaedah yang tepat mengajak orang lain adalah dakwah dengan (hikmah) kebijaksanaan bukan dengan paksaan, tuduhan dan fitnah.”

Demikian ditegaskan pendakwah bebas, Ustaz Dr Azizan Abd Rahman ketika mengulas mengenai isu 3 beradik mualaf yang viral baru-baru ini. Menurutnya lagi, semua pihak harus bertindak dalam kerangka undang-undang dan perlembagaan, bukannya memainkan sentimen dan emosi.

Mengulas lanjut, beliau berkata,“Tiada paksaan dalam beragama, tiada paksaan mengajak orang supaya kena terima Islam. Bahkan perlembagaan negara juga memberi kebebasan untuk rakyat kita menganut apa jua agama yang ada.”

“Isu yang sedang berlegar baru-baru ini mengenai 3 anak-anak bawah umur 18 tahun yang masuk Islam tetapi dituntut hak oleh ibu mereka yang bukan beragama Islam.”

“Jadi di sini, kita jangan gopoh dalam mengulas kerana apabila hanya seorang individu bercakap mengenai isu kita pula bercakap secara umum hentam kromo semua pihak.”

Beliau turut menambah, “Jika ada seorang muslim dituduh sebagai pengganas, adakah semua orang Islam itu juga pengganas? Sudah tentu tidak!” jelas beliau tegas.

Sebelum ini tular satu video mengenai seorang mufti yang memperkatakan mengenai seorang ahli politik yang mengeluarkan kenyataan sensitif mengenai isu anak-anak tersebut.

“Apabila ada yang menuduh seorang muslim buat masalah tetapi ada pihak cuba menyalahkan agama Islam itu juga kita akan marah. Kerana yang di luar kawalan dan bersifat agresif itu hanyalah seorang individu.”

Beliau berkata demikian dalam kuliah yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Youtube The Perspektif TV, bertajuk Kebebasan Beragama: Realiti di Malaysia malam tadi.

(Visited 36 times, 1 visits today)

COMMENTS