Tangguh debat Najib vs Anwar, fokus buat ibadah dalam bulan Ramadan
Tangguh debat Najib vs Anwar, fokus buat ibadah dalam bulan Ramadan

Tangguh debat Najib vs Anwar, fokus buat ibadah dalam bulan Ramadan

Perdebatan panas yang dinanti-nantikan antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri Najib Razak mengenai isu Sapura Energy masih belum diputuskan oleh pihak yang bertanggung jawab mempertemukan kedua-dua tokoh politik tanah air itu. Ada pihak di dalam kem Najib yang meminta tangguh dulu debat Najib-Anwar, fokus buat ibadah dalam bulan Ramadan.

Merujuk kepada kenyataan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil, beliau memaklumkan bahawa kedua-dua pihak masih belum mencapai kata putus kerana berbeza pandangan bilakah tarikh dan masa yang sesuai untuk debat itu dilaksanakan.

ARTIKEL MENARIK : Anwar terima cabaran debat dengan Najib

“Bagi pihak PKR dan Anwar kami bersedia untuk melakukannya dengan seberapa segera tetapi pasukan Najib mahu tangguh beberapa hari selepas Hari Raya… saya rasa orang ramai ternanti-nanti dan mahu melihat debat itu segera,” katanya kepada pemberita.

Lain pula respon yang diberikan oleh Ketua Penerangan BN Selangor Isham Jalil apabila menulis di Facebook menyatakan bahawa di bulan puasa ini sepatutnya fokus kepada soal ibadah sahaja bukan tergesa-gesa mahu lakukan perdebatan.

Tangguh debat Najib vs Anwar, fokus buat ibadah dalam bulan Ramadan

“Kita tiada masalah kalau Anwar nak berdebat malam ini sekali pun, tetapi hormatilah orang-orang yang berpuasa dan bersolat tarawih beberapa minggu ini sahaja pun.

“Takkan nak mula debat semasa berpuasa atau selepas Tarawih dan habis tengah-tengah malam?

“Lepas habis bulan puasa, kita debatlah sepuas hati,” katanya pada hantaran di Facebook. Maka seeloknya tangguh debat Najib-Anwar, fokus buat ibadah dalam bulan Ramadan.

ARTIKEL MENARIK : Panas!! Azmin cabar najib debat isu felda

Umat Islam di Malaysia dijangka akan menyambut Aidil Fitri pada 3 Mei 2022 nanti. Sekiranya Najib Razak betul-betul mahu mengotakan janjinya, maka debat dijangka akan dilangsungkan pada Mei depan.

Terdahulu Najib dan Anwar telah bersetuju untuk berdebat pada minggu lalu. Mengulas lanjut, Fahmi menyatakan kedua-dua pihak akan bertemu hari ini untuk menyelesaikan beberapa masalah.

Tambahnya lagi, selain dari masa dan tarikh, beberapa perkara lain turut akan dibincangkan seperti rakan media dan moderator yang akan mengendalikan sesi perdebatan tersebut.

Najib Razak sebelum ini mahu debat itu disiarkan secara langsung di media sosial dan media arus perdana dan beberapa agensi media dilaporkan sedang berbincang untuk menganjurkan majlis itu.

Malah Kesatuan Pelajar Universiti Malaya juta turut menyatakan kesediaan mereka untuk menjadi penganjur debat diantara Anwar Ibrahim dan Najib Razak itu.

(Visited 94 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )