Temubual Bersama YAB MB Kedah, Dato' Seri Utama Hj Mukhriz Tun Mahathir mengenai kemelut politik di Kedah sekarang.
Temubual Bersama YAB MB Kedah, Dato’ Seri Utama Hj Mukhriz Tun Mahathir mengenai kemelut politik di Kedah sekarang.

Temubual Bersama YAB MB Kedah, Dato’ Seri Utama Hj Mukhriz Tun Mahathir mengenai kemelut politik di Kedah sekarang.

Politik Kedah sekarang?

Kami di Kedah ada cara tersendiri, untuk mengurus keadaan, berbeza dengan negeri-negeri lain. Jadi kita sebenarnya menjaga hubungan kita dengan semua pihak, termasuklah pihak pembangkang. Jadi apa juga kemelut politik yang berlaku diperingkat persekutuan. Di Kedah ini tak semestinya mengikut arus, yang telah berlaku di peringkat nasional itu.

Jadi apa sebabnya, saya ingat semua pihak, nak kan satu suasana politik yang tenteram. Dimana Kerajaan negeri boleh terus berkhidmat untuk rakyat. Peranan pembangkang itu masih wujud sebagai penyemak dan pengimbang. Atas sebab itu saya fikir tidak berlaku lompatan daripada adun-adun PH dan Bersatu ke pembangkang supaya kerajaan yg sedia ada ini jatuh dan tubuhkan kerajaan yang baru.

Hubungan dengan Pas?

Saya dah beri penerangan kepada beliau, Yang Berhormat Sanusi sendiri, bahawa kita telah mencapai satu kata sepakat dimana di Kedah ini status quo, maksudnya tidak ada perubahan. Jadi, itu yang saya sebutkan tadi, walaupun BERSATU diperingkat nasional telahpun keluar dari Pakatan Harapan, tetapi di Kedah kita bersifat pragmatik kita hendak kekalkan Kerajaan Pakatan Harapan campur BERSATU, kerana itulah Kerajaan yang sedia ada dan sekiranya perlu berlaku perubahan, kita sama-sama sepakat biarlah kita tunggu sehingga PRU ke 15 kerana rakyat perlu diberi hak untuk membuat pilihan.

Kita dah bincang sampai peringkat tertinggi parti maksudnya apa yang disebut oleh Yang Berhormat Jeneri itu benar iaitu, tidak ada perbezaan diantara pendirian Pas Kedah dengan Pas Pusat, maksudnya dia juga mendapay restu dari pihak pimpinan tertinggi Pas dimana mereka, apa jenis sikap yang perlu Pas ada di Kedah ini. Jadi yang kita dimaklumkan, bahawa Pas tidak akan gopoh untuk mengambil tindakan berubah Kerajaan negeri Kedah ini, maksudnya Kerajaan yang ada ini kekal.

Pembubaran Dun Kedah

Pembubaran Dun Kedah hanya akan berlaku sekiranya Menteri Besar persembahkan kepada KDYMM Tuanku Sultan untuk perkenan Tuanku, untuk waktu ini saya tidak lihat apa perlunya, kita bubarkan dewan. Jadi kita kekal seperti biasa, sepertimana, kita sedia maklum, 23hb ini Majlis Perasmian Sidang Dewan oleh KDYMM Tuanku dan perbahasan dewan akan berjalan seperti biasa selama 3 hari.

Sokongan Adun Kedah

Sokongan ka takdak sokongan ka masih status quo, keadaan tenang.

Terima Kasih.

Sumber : MMFC

(Visited 1 times, 1 visits today)

COMMENTS