TERBARU: Video “scammer” bongkar segala-galanya, kerajaan terlibat?

TERBARU: Video “scammer” bongkar segala-galanya, kerajaan terlibat?

Sebelum ini akhbar tempatan telah melaporkan ada 730 akaun bank membabitkan wang berjumlah RM80 juta dibekukan SPRM, selain merampas wang tunai kira-kira RM5 juta kerana disyaki terlibat dalam sindiket Macau Scam.

Kegiatan penipuan Macau Scam banyak dilaporkan media sebelum ini dan melibatkan kerugian jutaan ringgit. Malah golongan artis turut dikaitkan dengan kegiatan Macau Scam terbabit sama ada sebagai mangsa atau dipergunakan untuk memudahkan pengubahan wang haram melalui usaha sama dan perniagaan sah.

Semenjak sehari yang lalu, telah tular di media sosial satu video rakaman perbualan seseorang yang dipercayai “scammer” yang menyamar sebagai anggota PDRM. Perbualan tersebut yang berdurasi 13.33minit itu sempat dirakam oleh seorang mangsa dan apa yang menjadi bualan hangat sekarang ini adalah nama beberapa individu telah disebut oleh “scammer” tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga rugi RM93,809 akibat ditipu sindiket Macau Scam

Antara nama yang disebut adalah bekas Perdana Menteri Malaysia yang lalu iaitu Najib Razak dan Tun Mahathir. Lebih mengejutkan apabila “scammer” tersebut mendedahkan bahawa pihak kerajaan juga sebenarnya adalah dalang disebalik apa yang berlaku sekarang. Dia juga menegaskan bahawa Eddy Kana pasti akan dilepaskan kerana mempunyai pengaruh yang kuat.

Ikuti pendedahan eksklusif ini

 

Sumber Berita : InfoNegaraKini

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )