TERKINI | Biden presiden Amerika yang baharu, kalahkan Trump

TERKINI | Biden presiden Amerika yang baharu, kalahkan Trump

Media mengumumkan Joe Biden menang dalam pertandingan merebut jawatan Presiden Amerika mengalahkan presiden Donald Trump selepas mencecah 270 undi yang diperlukan.

Menurut Al Jazeera, keputusan terkini menunjukkan Biden mendapat 290 undi melepasi 270 yang diperlukan untuk menang.

Menurut Associated Press, Biden bakal mendapat 290 undi mengalahkan Trump yang dijangka mendapat 214 undi.

Biden berkata, beliau rasa dihormati namun merendah diri apabila diberitahu tentang jangkaan keputusan yang menunjukkan beliau sudah melepasi undi 270 yang diperlukan untuk memasuki White House.

AP membuat jangkaan itu apabila pengundi Pennsylvania dan Nevada menyokong beliau.

Joseph Robinette Biden lahir pada 20 November 1942 di Scranton, Pennsylvania. Namun, Biden membesar di Delaware.

Memiliki sarjana undang-undangdari Syracuse University, News York itu menjadi senator pada 1972.

Ketika itu beliau adalah enam senator termuda dalam sejarah AS.

Selanjutnya, Biden enam kali terpilih sebagai senator dan duduk sebagai wakil rakyat selama 36 tahun.

Biden sangat berpengaruh dalam JK Luar Negeri Senat Amerika Syarikat.

Berita Penuh : MalaysiaDateline

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )