Terkini!! Kerajaan menyekat akaun bank suami yang gagal bayar nafkah
Terkini!! Kerajaan menyekat akaun bank suami yang gagal bayar nafkah

Terkini!! Kerajaan menyekat akaun bank suami yang gagal bayar nafkah

Kerajaan akan menyekat atau membekukan akaun bank golongan suami yang didapati gagal untuk membayar atau memberi nafkah kepada bekas isteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu dibuat kerajaan bagi memastikan kepentingan dan hak wanita dapat terus dijaga serta dipelihara kerana lazimnya bekas isteri sukar untuk mendapatkan nafkah selepas perceraian.

Katanya, menerusi inisiatif itu, bayaran nafkah kepada bekas isteri akan terus dilakukan dari bank suami.

“Apabila kes mahkamah dimenangi wanita dalam tuntutan nafkah, sukar suami untuk bayar dan mereka ingkar perintah mahkamah.

“Jadi apabila kita bekukan, jika mahkamah perintahkan bayaran RM1,000 sebulan jadi bank akan diarahkan untuk bayar terus kepada isteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan Naib Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Sabtu.

Sementara itu, bagi memelihara dan menghargai peranan wanita, Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan akan memberi kelonggaran kepada isteri yang kematian suami dibenarkan wanita bekerja dari rumah sehingga tamat tempoh iddah.

Katanya, kerajaan juga memberi sebanyak 30 peratus kuota wanita dalam Lembaga Pengarah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).

(Visited 7 times, 1 visits today)

COMMENTS