Terkini!! Kerajaan tidak halang perkahwinan bawah umur
Terkini!! Kerajaan tidak halang perkahwinan bawah umur

Terkini!! Kerajaan tidak halang perkahwinan bawah umur

Kerajaan tiada rancangan untuk mengharamkan perkahwinan bawah umur, namun Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun berkata, kerajaan tetap komited untuk mengekangnya.

Menjawab soalan Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh), Rina berkata, terdapat pelbagai aspek yang perlu diberi perhatian dalam membendung perkahwinan bawah umur, selain pindaan peruntukan undang-undang.

Dalam jawapan bertulisnya beliau berkata, terdapat keperluan untuk menangani isu itu menerusi pendidikan, advokasi, kesihatan, pengukuhan institusi keluarga, serta sokongan sosioekonomi masyarakat.

“Kerajaan buat masa ini tiada perancangan untuk mengharamkan perkahwinan bawah umur. Namun kerajaan tetap komited untuk mengekang perkahwinan bawah umur melalui pelaksanaan program di bawah Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur (Pelan).

“Pada masa yang sama, jawatankuasa pemandu yang telah ditubuhkan akan terus memantau pelaksanaan dan perkembangan program yang dirancang,” katanya.

Nurul Izzah bertanya mengenai status rancangan untuk mengharamkan perkahwinan bawah umur bagi mengekang eksploitasi kanak-kanak dan sama ada kementerian akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak berkuasa agama Islam negeri memandangkan had umur untuk berkahwin adalah bawah bidang kuasa negeri.

Menjawab soalan kedua Nurul Izzah, Rina berkata, Putrajaya akan membincangkan cadangannya dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

“Saya menyeru semua pihak yang berkepentingan sama ada di peringkat kerajaan persekutuan mahupun negeri supaya lebih prihatin dan bersama-sama menyokong usaha kerajaan dalam menangani perkahwinan bawah umur di negara ini demi menjamin masa hadapan kanak-kanak,” katanya.

Pada Oktober, kumpulan hak asasi wanita memperbaharui gesaan mereka terhadap Putrajaya supaya menghidupkan semula pelan kebangsaan yang dilancarkan oleh pentadbiran Pakatan Harapan (PH) bagi membanteras perkahwinan bawah umur.

Sisters in Islam berkata, sejak pertukaran kerajaan pada 2020, tiada petunjuk jelas sama ada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan melaksanakan pelan strategik negara dalam menangani perkahwinan kanak-kanak dan puncanya.-FMT

(Visited 11 times, 1 visits today)

COMMENTS