Terkini! Selangor trending di Twitter

Terkini! Selangor trending di Twitter

Perkataan Selangor sohor kini di laman media sosial Twitter ekoran hampir kesemua penduduk di negeri itu terpaksa berdepan isu gangguan bekalan air.

Baru-baru ini, Kosmo! melaporkan, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan sebanyak 998 kawasan di tujuh wilayah di Lembah Klang dijangka akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama empat hari bermula hari ini.

Tinjauan di laman Twitter mendapati, rata-rata orang ramai meluahkan rasa kecewa dengan isu tiada bekalan air itu.

“Selangor, sebuah negeri maju, dengan indeks pembangunan yang sangat tinggi, lebuh raya yang banyak, bangunan pencakar langit yang hebat, GDP per kapita setafar dengan beberapa ekonomi di Eropah.

“Namun, (negeri Selangor) tidak ada air di tengah-tengah pandemik,” ciap Faizal Hamssin.

“Pemotongan bekalan air di negeri Selangor menyebabkan kesukaran buat golongan berpendapatan rendah.

“Ini kerana, orang kaya mempunyai tangki simpanan air yang besar yang dapat menyimpannya selama berhari-hari manakala orang miskin harus beratur dan membawa air ke rumah mereka. Ketidaksamaan air adalah nyata,” kata @Khalidkarim

Sementara itu, @hasbeemasputra berharap pihak Air Selangor meikirkan kesan kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) serta menghidap penyakit-penyakit kronik akibat ketiadaan sumber air.

Sehingga pukul 2 petang tadi, perkataan Selangor mendapat sebanyak 15.5 ribu ciapan daripada pengguna Twitter. – K! ONLINE

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )