TERKINI WABAK COVID-19 DI NEGERI KEDAH - Exco Kesihatan Negeri Kedah.
TERKINI WABAK COVID-19 DI NEGERI KEDAH – Exco Kesihatan Negeri Kedah.

TERKINI WABAK COVID-19 DI NEGERI KEDAH – Exco Kesihatan Negeri Kedah.

Alor Setar – Rakyat kedah disarankan untuk menjaga kesihatan diri agar tidak dijangkiti dengan virus Covid-19.

Exco Kesihatan Negeri Kedah, Dato’ Dr Ismail Salleh berkata rakyat perlu menjaga kesihatan di tahap yang maksimum.

” Ini kerana kita sedang menghadapi gelombang kedua di mana gelombang ini mencatatkan kes baharu sebanyak 20 kes setakat hari ini. Kes yang aktif dirawat sebanyak 123 kes, kes yang telah sembuh adalah 26 orang dan jumlah keseluruhan kes setakat hari ini ialah 149 orang.”

“Kes Covid-19 ini terdiri dari 22 kes dikalangan Patient-Under-Investigation (PUI), 124 kes dari kalangan kontak rapat, 1 kes dalam kalangan severe acute respiratory imfection (SARI) melalui survilan Covid-19,dan 2 kes dari misi kemanusiaan luar Negara.”

“Pada hari ini juga kita dapat mengesan satu kes di mana ianya berpunca dari satu perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling Kuala Lumpur pada 28 Februari sehingga 1 Mac 2020 yang melibatkan lebih 5000 peserta dan 2 orang didapati positif iaitu satu kes di Brunei dan satu kes di Bentong.”

“Oleh itu Kementerian Kesihatan memanggil semua jemaah tabligh yang hadir pada perhimpunan itu untuk ke klinik yang berdekatan bagi untuk membuat pemeriksaan bagi mengenal pasti sama ada positif ataupun negatif Covid-19 dengan mengambil sampel klinikal dari individu yang hadir.”

Katanya lagi,” Bagi di negeri Kedah, Jabatan Kesihatan menyeru supaya jemaah tabligh yang hadir ke program tersebut supaya datang ke klinik yang dikenal pasti untuk membuat pemeriksaan dan bagi daerah Kota Setar kita buka khusus di Klinik Bandar Alor Setar, di Kuala Muda adalah Klinik Bandar Sungai Petani, di Kubang Pasu adalah di Klinik Kesihatan Changlun, di Kulim adalah Klinik Taman Selasih, dan di Pendang adalah Klinik Kesihatan Pendang.”

“Jadi kita pohon kepada mereka supaya hadir ke klinik seperti diatas bermula dari esok jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari untuk datang diambil sampel untuk dikenal pasti.”

” Mereka yang tak datang ke perhimpunan tersebut tetapi mempunyai kontak dengan jemaah tabligh yang hadir ke program itu, juga dipohon untuk ke klinik untuk menjalani pemeriksaan.”

“Kita juga telah melatih sebanyak kakitangan di 41 buah klinik di seluruh negeri Kedah untuk membuat penyaringan persampelan covid-19.”
Jadi tak perlu risau kerana staff di setiap klinik dan hospital dilatih untuk mengendalikan kes ini.”

“Kita tidak mahu jemaah tabligh tertinggal walaupun seorang dan kita menyeru supaya mereka memberi kerjasama supaya wabak ini tidak menular kepada orang lain.”

“Ini adalah langkah siap siaga di Kementerian Kesihatan mahupun Jabatan Kesihatan bagi memastikan wabak Covid-19 ini tidak menular kepada rakyat khususnya di negeri Kedah.”

Dr Ismail berkata lagi, “Pelan umum yang dilakukan di pihak Kerajaan Negeri adalah menangguhkan segala program-program yang melibatkan orang ramai.”

” Kerajaan negeri juga menangguhkan beberapa program negeri seperti songkran dan ponggal serta program politik bagi mengelakkan wabak ini dibawa oleh kontak yang berdekatan.”

” Selain itu, kita di pihak kerajaan negeri menyarankan kepada semua rakyat agar tidak bersalaman sesama kita bagi mengelakkan ianya merebak. Kita juga sarankan kepada semua rakyat untuk menggunakan sanitizer iaitu cecair tangan, menggunakan mask muka, dan tidak disyorkan untuk berada di khalayak ramai .”

“Kita mahu setiap rakyat memaksimakan penjagaan diri supaya kontak yang berdekatan tidak membawa wabak itu dan kita jugak dapat menggelakan dari wabak ini menular kepada individu yang lain .”katanya di sini selepas sidang media mengenai wabak Covid-19 di Alor Setar.

Kerajaan Negeri Kedah komited dalam menangani isu Covid-19 dan berharap agar rakyat dapat mengikut arahan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan sebagai langkah pencegahan bersama.

(Visited 14 times, 1 visits today)

COMMENTS