Tiada kes baru di Kedah hari ini
Tiada kes baru di Kedah hari ini

Tiada kes baru di Kedah hari ini

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat enam (6) kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 8,965 kes (96.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 24 Ogos 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat tujuh (7) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,274 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 184 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada tujuh (7) kes baharu yang dilaporkan, dua (2) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara melibatkan warganegara Malaysia. Dua (2) kes import tersebut adalah dari negara:

  1. Filipina (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
  2. Amerika Syarikat (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Daripada lima (5) kes penularan di dalam negara, dua (2) kes adalah warganegara Malaysia dan tiga (3) kes bukan warganegara. Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan bukan warganegara (3 kes) adalah:

  • Sarawak – tiga (3) kes:
    • Dua (2) kes saringan di tempat kerja. Mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak; dan
    • Satu (1) kes sebelum balik ke negara asal.

Baki dua (2) kes penularan di dalam negara pula adalah di kalangan warganegara Malaysia, iaitu seperti berikut:

  • Sarawak – dua (2) kes:
    • Satu (1) kes saringan di tempat kerja. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak; dan
    • Satu (1) kes saringan sebelum bersalin. Beliau tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

Sehingga kini, terdapat lapan (8) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana lima (5) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.35 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

TIADA KES BAHARU DALAM KLUSTER TAWAR PADA HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa tiada kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Tawar pada hari ini. Namun begitu, saringan kontak rapat dan aktiviti di lapangan tetap diteruskan. Sehingga 24 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, seramai 3,436 orang telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut negeri yang terbabit adalah seperti berikut:

  1. Kedah (2,907 disaring):
    • 54 kes dikesan positif COVID-19;
    • 2,393 individu negatif; dan
    • 460 individu masih menunggu keputusan.
  2. Pulau Pinang (518 disaring):
    • 11 kes dikesan positif COVID-19;
    • 506 individu negatif; dan
    • Satu (1) individu masih menunggu keputusan.
  3. Perak: Kekal 11 saringan, di mana semua adalah negatif. Tiada saringan baharu.

Situasi semasa kluster ini dan lain-lain kluster akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihatkan orang ramai agar kekal waspada dan terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

 

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

24 Ogos 2020 @ 5.00 petang.

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 24 OGOS 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 31
KEDAH 0 200
PULAU PINANG 0 136
PERAK 0 269
SELANGOR 0 2,155
NEGERI SEMBILAN 0 1,034
MELAKA 0 259
JOHOR 0 751
PAHANG 0 370
TERENGGANU 0 114
KELANTAN 0 160
SABAH 0 417
SARAWAK 5 696
W.P. KUALA LUMPUR 2 (2) 2,560
W.P. PUTRAJAYA 0 99
W.P. LABUAN 0 23
JUMLAH KESELURUHAN 7 (2) 9,274

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

(Visited 3 times, 1 visits today)

COMMENTS