
‘Tiada maaf bagimu’
Sudah jatuh ditimpa tangga pula! Itulah perumpamaan yang boleh diberikan kepada penyokong yang bukan sahaja kecewa dengan kekalahan skuad kebangsaan Malaysia di tangan Bahrain tetapi juga dituduh sebagai punca kekalahan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Semalam kecoh di media sosial dengan kenyataan Faizal Azumu atau lebih dikenali dengan panggilan Peja yang mengatakan sorakan penyokong menjadi punca pemain Harimau Malaya hilang fokus sekaligus tewas dalam perlawanan kedua Kelayakan Piala Asia 2023.
Baca Juga: Ozil & Bali United akan beri masalah pada pertahanan Kedah di Piala Afc?
#bolatime #ipoh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tampil membela penjaga gol negara, Farizal Marlias susulan kesilapan disifatkan tindakan kurang bijak hingga menyebabkan Harimau Malaya tewas 1-2 dengan Bahrain, Sabtu lalu.https://t.co/EyulDYq1Ln
— Harian Metro (@hmetromy) June 13, 2022
Kenyataan itu nyata membuatkan ramai penyokong berang dan menghentam kenyataan tidak berasas Peja, malah Ultras Malaya juga tidak terlepas menyuarakan kemarahan mereka dengan mengeluarkan kenyataan ‘Kau nak Chant Special ke? Cakap la awal-awal’ di Twitter rasmi mereka.
Kau nak chant special ke? Ckp laa awal2 @PejaOfPerak .. Takper, deme baca dulu 63,000 penyokong nilai kat Twt bawah ya 👇🏼👇🏼👇🏼 Harap tak hang 😂#DemiMalaysia pic.twitter.com/131VAWLpFW
— UM’07 🇲🇾 (@ultrasmalaya07) June 13, 2022
Rata-rata penyokong nyata bersetuju dengan tindakan Ultras Malaya dan dijangka pada perlawanan malam ini ketika Malaysia menentang Bangladesh dalam perlawanan terakhir, penyokong bakal menyaksikan ‘Chant Special’ tersebut.
Selepas dihentam, Peja tampil membuat permohonan maaf kepada penyokong tetapi ia tampak seperti tidak ikhlas apabila beliau berkata kenyataannya itu disalah erti. Perbuatan beliau dilihat seperti cuba ‘menegakkan benang yang basah’.
Baca Juga: 4 sebab Aidil masih ‘buntu’ persiapan Kedah menjelang piala AFC?
Sorakan dan sokongan para penyokong sebagai pemain ke-12 amat penting dan amat dihargai. (Bila dah kena balon, saya pun pening). Cakap2 bola saya sebelum ini telah disalah erti. Ampun dan maaf atas kesilapan saya.
— Faizal Azumu (@PejaOfPerak) June 13, 2022
Peja sepatutnya mempunyai common sense sebelum membuat sebarang kenyataan kerana beliau merupakan seorang ahli politik yang berpengaruh, jadi setiap kenyataannya akan menjadi tumpuan ramai.
Tambahan pula Peja merupakan Menteri KBS jadi agak hairan apabila beliau mengeluarkan kenyataan seperti orang yang tidak pernah menyaksikan perlawanan bola sepak.
Ini bukan sukan snooker atau boling yang memerlukan penyokong senyap ketika sedang beraksi, sebaliknya ini adalah sukan bola sepak yang sentiasa akan kedengaran sorakan penyokong dari sebelum wisel ditiupkan sehingga tamat perlawanan.
Jika tiada benda yang baik yang mahu dicakap, lebih baik diam dan bersorak sahaja menyokong skuad negara.
Tidak perlu buat kenyataan kontroversi, kemudian buat permohonan maaf.