Tidak Merokok Dan Sering Bersenam Tetap Dijangkiti Covid-19 !
Tidak Merokok Dan Sering Bersenam Tetap Dijangkiti Covid-19 !

Tidak Merokok Dan Sering Bersenam Tetap Dijangkiti Covid-19 !

COVID-19 tidak mengenal dan memilih siapa pemangsanya. Tidak kira muda atau tua, lelaki atau perempuan, dewasa atau bayi, siapa sahaja mampu dijangkiti wabak pembunuh tersebut.

Ada yang menunjukkan tanda-tanda namun ada juga yang tidak menunjukkan gejala tetapi dijangkiti menyebabkan kita perlu sentiasa berhati-hati.

Buktinya, selebriti tempatan, Alif Satar juga baru-baru ini memaklumkan beliau disahkan positif Covid-19
dan terpaksa menerima rawatan susulan walaupun tidak menunjukkan sebarang gejala sebelum disahkan positif Covid-19.

Baca Artikel Menarik : ‘Banyak Kepala Spermanya Cacat Disebabkan Aktiviti Berbasikal’ – Doktor

Begitu juga dengan kisah dari negara jiran, Indonesia, individu yang dikenali sebagai Andino, 36, merupakan
salah seorang penghidap Covid-19 yang dilaporkan terpaksa bertarung selama 17 hari untuk sembuh walaupun
dia merupakan seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat dan gemar bersukan.

Kisahnya bertarung menghadapi penyakit tersebut turut dikongsikan kepada umum melalui akaun Twitter miliknya yang dikenali sebagai @sampinggenic.

Mengamalkan gaya hidup sihat

Andino melakukan senaman enam kali dalam seminggu. Senaman yang dilakukannya juga bukanlah senaman berat yang di luar kemampuan.

Andino juga mendakwa dia menjaga waktu rehatnya dan setiap hari dia akan memastikan mendapat tidur yang cukup 8 jam sehari, mengambil makanan sihat dan vitamin.

Ketika disahkan positif Covid-19, Andino dikatakan bingung dan tidak pasti dia boleh dijangkiti virus tersebut, bila dan di mana.

“Berkemungkinan menurut doktor saya terlalu penat dan disebabkan itu pas imun agak menurun dan mudah untuk dijangkiti sebarang virus, tulisnya lagi.

Dengan apa yang telah dialaminya, Andino berpesan agar semua orang sentiasa beringat dan percaya bahwa virus Covid-19 itu benar-benar wujud.

“Virus mudah dijangkiti jika tahap imunisasi kita tidak stabil. Virus juga tetap mampu untuk disebarkan walaupun kita tidak menunjukkan sebarang gejala.

“Adakah harus sampai ada keluarga, kenalan atau anda sendiri yang meninggal baru nak sedar dan percaya?” pesan Andino.

Berita Penuh : Sinar Plus

(Visited 1 times, 1 visits today)

COMMENTS