Tidur tapi tetap letih antara 5 tanda anda perlukan 'me time'
Tidur tapi tetap letih antara 5 tanda anda perlukan ‘me time’

Tidur tapi tetap letih antara 5 tanda anda perlukan ‘me time’

APABILA seseorang mahu bersendirian, kebiasaannya akan ada menganggap ia perkara negatif apatah lagi bagi yang sudah berkahwin.

Timbul konflik sama ada pasangan sedang dalam keadaan tertekan atau berasa tidak puas hati tentang sesuatu perkara sehingga ingin menjauhkan diri.

Adakalanya, seseorang perlu bersendirian atau me time – hanya bersama diri sendiri, tanpa pasangan, keluarga atau rakan-rakan.

“Ini sebenarnya adalah proses penting untuk memberikan diri kita waktu dan ruang dengan memutuskan semua hubungan bagi membolehkan seseorang mendapat ketenangan dan memulihkan tenaga diri,” jelas pakar psikologi, Dr Nikki Martinez.

Berikut adalah beberapa tanda seseorang itu perlu me time.

1. Takut mendengar bunyi telefon

Nomofobia" penyakit yang sangat membimbangkan di masa kini | Iluminasi

Deringan telefon boleh menimbulkan rasa cemas atau terkejut saat ia berbunyi. Tetapi sekiranya bunyinya membuatkan berada dalam ketakutan dan ingin melempar telefon ke dinding, ia petanda bahaya.

 

 

Pakar psikologi, Paula Anderson berkata, jika itu berlaku, ia bererti seseorang berada dalam keadaan tertekan tanpa disedari dan perlu waktu bersendirian.

2. Hilang minat

Tidak Cocok, Pasangan Zodiak Ini Sering Terlibat Keributan - Tribun-bali.com

Salah satu gejala yang perlu diberi perhatian apabila seseorang hilang minat terhadap perkara disukainya seperti contoh anda tidak lagi berminat menonton drama kegemaran meskipun siarannya ditunggu-tunggu sebelum ini.

3. Cepat marah dengan perkara kecil

mARAH

Jika anda cepat marah tentang perkara kecil, ia juga boleh jadi petanda anda memerlukan me time. Ini kerana fikiran anda sesak dengan pelbagai perkara sehinggakan benda remeh boleh membangkitkan kemarahan yang meluap-luap.

4. Tidak menikmati waktu bersama orang lain

5 Jenis Kawan Yang Boleh Diajak Makan Bersama. Yang Last Sekali Tu Paling  Win!

Jika anda berasa rimas berada dalam kelompok kawan-kawan ketika keluar makan sehingga mengganggu mood, anda perlu bersendirian.

5. Tidur tapi tetap letih

Tubuh Sangat Lelah, tapi Kok Susah Tidur? Ini Penyebabnya Halaman all -  Kompas.com

Antara gejala anda memerlukan me time adalah badan terasa letih dan lesu meskipun mendapat tidur yang cukup.

Keadaan itu berlaku disebabkan tubuh memberi reaksi sebagai amaran bahawa diri kita memerlukan lebih daripada sekadar tidur. —MStar

(Visited 6 times, 1 visits today)

COMMENTS