Tiga penipuan besar kerajaan PN terbongkar - Guan Eng
Tiga penipuan besar kerajaan PN terbongkar – Guan Eng

Tiga penipuan besar kerajaan PN terbongkar – Guan Eng

Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng, hari ini mendedahkan apa yang disifatkannya sebagi penipuan besar kerajaan Perikataan Nasional semasa Menteri kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz menyenaraikan 101 kontrak kerajaan bernilai RM6.6 bilion yang diberikan oleh pentadbiran Pakatan Harapan melalui rundingan terus.

Katanya, penipuan pertama adalah projek rundingan terus PH bukannya 1.4 peratus atau RM6.6 bilion daripada keseluruhan perolehan kerajaan tetapi hanya 0.07 peratus atau RM352 juta.

“Kebanyakan projek rundingan terus bukan inisiatif baru daripada PH tetapi adalah projek yang diwarisi atau sambuingan dari zaman BN.

“Bezanya, PH telah meneruskan projek-projek ini dengan pemotongan kos yang menghasilkan penjimatan yang ketara.null

“Apa yang mengejutkan rupa-rupanya, projek rundingan terus di bawah iniasiatif PH bukan RM6.61 bilion seperti yang diuar-uarkan tetapi sebenarnya RM352 juta. Baki RM6.28 bilion ialah projek diwarisi dan sambungan dari zaman BN yang terpaksa diteruskan PH,” katanya.

Lim berkata demikian pada sidang akhbar di luar Dewan Rakyat hari ini.

Berita Penuh : MalaysiaKini

(Visited 1 times, 1 visits today)

COMMENTS