Tinggalkan Odisha Fc, Liridon mahu kembali ke Kedah?
Tinggalkan Odisha Fc, Liridon mahu kembali ke Kedah?

Tinggalkan Odisha Fc, Liridon mahu kembali ke Kedah?

Bekas Pemain Tengah Kedah Darul Aman FC, Liridon Krasniqi dikhabarkan tidak akan beraksi di Liga India bersama pasukan Odisha bagi musim baharu nanti.

Liridon Krasniqi sebelum ini menyertai Odisha FC pada bulan Ogos yang lalu secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim bagi menghadapi musim 2021/22 di Indian Super League (ISL). Untuk rekod, pemain kelahiran Yusgoslavia itu berjaya beraksi sebanyak 16 perlawanan bersama Odisha FC dan tidak mencatatkan sebarang gol serta bantuan jaringan.

Baca Juga : 4 Sebab Kedah bakal sukar bersaing dalam piala AFC menurut penyokong

Liridon Krasniqi (Kiri) sebelum ini menyertai Odisha FC

Menurut penulis media Times India, Marcus Mergulhao, berkemungkinan Odisha FC tidak akan melanjutkan tempoh pinjaman buat pemain berusia 30 tahun ini. Jika perkara ini berlaku, beliau akan kembali semula ke JDT.

Namun, spekulasi kini bertiup kencang bahawa Liridon Krasniqi bakal kembali ke KDA FC bagi mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Baddrol Bakhtiar yang telah berhijrah ke Sabah FC.

Bekas Pemain Kedah, Rizal Ghazali (Kiri), Baddrol Bakhtiar (Kanan)

Hal ini mungkin dapat membantu meningkatkan tahap permainan beliau seperti pemain pinjaman JDT Syafiq Ahmad selain dapat membantu jentera serangan Kedah.

Liridon Krasniqi ketika bersama pasukan Kedah musim 2017

Mengikut rekod, pemain berusia 29 tahun itu pernah beraksi bersama KDA FC dari 2015 hingga 2018. Dalam tempoh berkenaan, Liridon menjaringkan 34 gol dalam 117 penampilan.

Dia kemudiannya berpindah ke Melaka United dan Johor Darul Ta’zim (JDT) namun gagal mengulangi prestasinya sewaktu di KDA FC.

Baca Juga : Quang Hai nak mai Kedah DA FC ganti Buschening?

Baca Juga : Aidil akui tidak dapat terima aksi longlai Kedah DA FC

(Visited 9,570 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )