Tinggalkan Sarawak United, Sandro kembali sarung jersi Kedah?
Tinggalkan Sarawak United, Sandro kembali sarung jersi Kedah?

Tinggalkan Sarawak United, Sandro kembali sarung jersi Kedah?

Nama Pemain import, Sandro Da Silva Mendonca bukan lagi asing dalam suasana bola sepak Liga Malaysia (Liga-M) sejak tahun 2015. Terkenal dengan teknik rembatan jarak jauh serta pakar sepakan percuma ini menjadikan Sandro sebagai salah satu pemain import berharga pada era kegemilangannya.

Pada awal pembabitan beliau bersama Kedah Darul Aman di Malaysia, Sandro telah mengecapi pelbagai kejayaan termasuk juara Liga Premier musim 2015, Piala Malaysia 2016, Piala FA 2017, serta Piala Sumbangsih pada 2017 sepanjang era kejurulatihan Tan Cheng Hoe.

Baca Juga: Elak Badi Import ‘lesu’, Kedah bakal singkir Tiga pemain Import ini?

Pada tahun 2019, Sandro memulakan langkah baharu bersama Selangor untuk terus konsisten selaku salah seorang pemain tengah menyerang sepanjang tempoh dua musim bersama kelab tersebut.

Sandro telah berjaya bantu Sarawak United beraksi di Liga Super musim ini setelah muncul naib juara tahun lalu.

Tahun lalu, beliau menjadi pemain import buat pasukan Liga Premier iaitu Sarawak United dan berjaya membawa kelab tersebut beraksi di Liga Super musim ini setelah muncul naib juara.

Walaupun kelibatnya tidak setajam seperti tahun-tahun sebelumnya, Sandro masih mampu untuk meledak gol serta menjadi pemain penting untuk mencipta peluang buat serangan.

Pada musim ini Sandro masih belum ada mana-mana pasukan dari dalam Malaysia yang menandatangani khidmat pemain tersebut setelah kontraknya tidak disambung oleh Sarawak United.

Jika dilihat pada prestasi, Sandro masih mampu untuk memberi impak positif di bahagian serangan mana-mana pasukan selain kepakarannya dalam situasi bola mati.

Ada ura-ura mengatakan pemain tersebut mungkin akan kembali pada pertengahan musim ini menyertai salah satu pasukan di utara walaupun agak samar-samar lagi.

Setakat ini Kedah dan Penang masing-masing menghadapi masalah pada pemain import mereka di bahagian tengah serangan dengan Penang masih belum dapat mengeluarkan potensi penuh Endrick Dos Santos seperti musim-musim sebelumnya serta Kedah yang hilang Khidmat Dennis Buschening disebabkan kecederaan panjang.

Jika Sandro menyertai Penang, beliau kemungkinan besar bakal diberi peranan selaku pemain tengah menyerang dan berada di belakang Cassagrande serta berpasangan bersama Hilal El Helwe bagi mengukuhkan cengkaman tengah dan serangan.

Bersama Kedah, Sandro akan mencipta satu momen nostalgia dalam kalangan para peminat selain bergandingan bersama Dechi Marcel yang dilihat tidak begitu berbeza aksinya seperti bekas pasangan Sandro iaitu Liridon Krasniqi.

Sandro (Kiri) bersama Liridon Krasniqi (Kanan) ketika bersama pasukan Kedah pada tahun 2015

Kedua pasukan tersebut ketika ini juga berhadapan masalah konsistensi dan ini memberi cabaran buat Sandro untuk kembali menguatkan Penang atau Kedah sekiranya beliau menyertai kembali Liga Malaysia.

Baca Juga: Faktor Masalah Kedah yang sama setiap musim & belum selesai

Baca Juga: [VIDEO] Aidil berang didakwa masih bereksperimen aksi Kedah-Melaka

(Visited 9,825 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )