Tohmahan terhadap hakim melampui batas
Tohmahan terhadap hakim melampui batas

Tohmahan terhadap hakim melampui batas

Kritikan yang dilemparkan orang awam yang tidak berpuas hati dengan keputusan hakim tertentu ter­utama melibatkan kes berprofil tinggi dianggap keterlaluan.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat da­lam nada agak kesal secara terbuka menyifatkan kritikan itu boleh menghakis keyakinan ke atas imej kehakiman.

“Adalah menjadi lumrah bagi kita para hakim untuk mene­rima kritikan dan tohmahan da­ripada pihak yang terkilan dengan keputusan mahkamah, apatah lagi kes berkepentingan awam.

“Namun, apa yang ber­la­ku dalam beberapa hari ini yang membabitkan toh­ma­­­han terhadap hakim dan badan kehakiman, pada pan­da­ngan saya, (adalah) agak keterlaluan,” tegasnya.

Perkara itu diluahkan beliau ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia yang melibatkan 17 orang Hakim Mahkamah Tinggi di Istana Kehakiman, di sini, semalam.

Meskipun tidak dinyatakan secara khusus, pandangan itu diper­cayai merujuk kepada pel­bagai tuduhan terhadapnya yang dibuat menerusi media sosial sejak akhir-akhir ini.

Baca Juga : Gempar! Hakim Nazlan disiasat SPRM

Khamis lalu, Pejabat Ke­tua Pendaftar Mahkamah Persekutuan membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan liar itu kononnya Tengku Mai­mon mempunyai pakatan de­ngan pemimpin parti politik tertentu.

Ini termasuk dakwaan meng­adakan komplot bagi mempercepatkan perbicaraan dan menjatuhkan hukuman terhadap beberapa pemimpin politik tempatan.

Mengulas lanjut, Tengku Maimun berkata, hakim se­cara umum tidak terlepas da­ripada kritikan awam kerana penyandang jawatan itu bukanlah sempurna atau bebas melakukan kesalahan.

“Bagaimanapun, ia bukan­lah bermakna badan ini terbuka untuk bebas diserang habis oleh netizen atau ahli politik hanya kerana tidak memenuhi kepentingan mereka,” tegas­nya.

Beliau mengingatkan orang awam bahawa institusi ke­ha­kiman merupakan ba­risan terakhir yang mem­pertahankan keluhuran de­mokrasi ber­per­lembagaan daripada terhakis.

Justeru ujarnya, apabila ada keperluan untuk kritikan ke atas cabang tersebut, ia sepatutnya perlu dalam situasi mem­bina dan bukannya men­cetuskan keraguan integriti ke­hakiman.

Meskipun dalam keadaan ter­tentu hakim tidak dapat me­nyekat kritikan awam, tetapi mereka masih ada kawalan me­mastikan tohmahan yang di­lem­par tidak mencampuri kes diuruskan.

Pandangan popular ka­ta Tengku Maimun, buk­an penentu sabitan kes itu sebaliknya ia tetap berlandaskan bukti dan fakta yang dibentangkan serta berdasarkan merit prinsip per­undangan.

Sehubungan itu, beliau me­minta hakim agar sentiasa ber­pegang teguh kepada prin­sip yang termaktub kerana ia akan menentukan atau men­cer­min­kan kejujuran men­ja­lankan ke­wajipan.

“Saya juga ingin me­ng­ingatkan bahawa aspek penting tugas ialah penyediaan alasan penghakiman bagi kes yang telah diputuskan dalam tem­poh masa yang agak mu­nasabah.” katanya.

Beliau turut menasihatkan hakim agar menjaga ta­ta­kelakuan selaras dengan Kod Etika Hakim 2009 dan te­kun mendengar sebelum me­mu­tuskan kes berlandaskan prin­sip yang mantap. – UTUSAN

Baca Juga : Sanusi tak mahu Pas sertai ‘Khemah Besar’ libatkan PKR dan DAP

(Visited 338 times, 1 visits today)

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )