Tragedi ‘kepala air’: Mat Sabu zahir penghargaan kepada sukarelawan

Tragedi ‘kepala air’: Mat Sabu zahir penghargaan kepada sukarelawan

Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu melahirkan penghargaan kepada sukarelawan dan aktivis parti itu yang telah bertungkus lumus menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir lumpur di daerah Yan dan Merbok, yang berlaku Rabu lalu disebabkan kejadian ‘kepala air’ yang luar biasa.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada semua mangsa yang terlibat di atas kejadian yang menimpa. Semoga semuanya dapat bersabar dalam menempuhi ujian Allah dan di permudahkan segala urusan kita semua,” ujar beliau.

Kelihatan Dato’ Phahrolrazi Zawawi dan Dato’ Dr Ismail Salleh turun menyantuni mangsa kejadian.

Seawal beberapa jam selepas kejadian, para sukarelawan ARiF telah melunaskan tindakan serta merta untuk membantu mangsa yang terlibat. Pemimpin Parti Amanah kawasan, Pemuda, AWAN (Angkatan Wanita Amanah) dan Amanah Negeri Kedah adalah di antara yang paling awal membuka bilik gerakan untuk beroperasi bagi menyelaraskan bantuan kepada mangsa yang terlibat.

Ustaz Rosli Yusof, Ketua Amanah Sungai Petani turut sama-sama membantu menyediakan makanan kepada petugas dan mangsa banjir lumpur

Selain itu, inisiatif ‘Dapur Peduli Rakyat’ yang telah di jalankan untuk menyediakan makanan siap masak kepada petugas serta mangsa-mangsa turut mendapat pujian daripada penduduk kerana menyegerakan kemudahan penyediaan makanan ekoran kelengkapan rumah yang telah rosak dihanyutkan arus.

Makanan siap masak dan air mineral sedia untuk dihantar kepada petugas dan mangsa

“Terima kasih juga kepada semua yang terlibat dalam kerja-kerja kemasyarakatan ini selaku sukarelawan kerana membantu kerja-kerja mencuci sisa lumpur di dalam rumah-rumah mangsa, sekolah, masjid serta surau di kawasan berkenaan,”

Sukarelawan ARiF membantu penduduk kampung mencuci kawasan yang terjejas akibat banjir lumpur

Dalam kejadian Rabu lalu, fenomena kepala air yang berlaku dari puncak Gunung Jerai melibatkan dua sektor di Titi Hayun dan Salak Denai telah menyebabkan banjir kilat serta lumpur melanda kawasan sekitar kaki gunung itu. Kejadian yang berlaku secara mendadak itu menyebabkan sekurang-kurangnya 4 orang terkorban sementara dua lagi masih hilang.

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )