Tular Geng Basikal Serta Orang Awam Selamatkan Anjing Terperangkap
Tular Geng Basikal Serta Orang Awam Selamatkan Anjing Terperangkap

Tular Geng Basikal Serta Orang Awam Selamatkan Anjing Terperangkap

Sebuah video mula tular di media sosial dengan sekumpulan penunggang basikal yang berhenti
menyelamatkan seekor anjing liar yang kelihatan terperangkap di tepi Lebuhraya Karak.

Selain daripada mereka, terdapat juga sepasang suami isteri dan penunggang motosikal yang turut
membantu menyelamatkan anjing tersebut yang dilaporkan terperangkap dengan kawat duri tajam, lapor Free Malaysia Today.

Baca Juga Artikel Menarik : “Cuma Nak Menghalalkan Perkara Baik” – Kamal

Video yang dimuat naik oleh Massesmy, dipercayai milik Nuhar Bhai menggambarkan seorang lelaki bernama Nahur Omar cuba menenangkan haiwan yang terperangkap.

Bagaimanapun, misi mereka untuk membebaskan anjing terbabit daripada kawat duri tajam yang dilekatkan bersama dengan dahan pohon menjadi lebih rumit daripada apa yang mereka sangkakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MASSES (@massesmy)

Namun nasib mereka baik apabila salah seorang penunggang motosikal yang berada di tempat kejadian memiliki pisau dan menggunakannya untuk memotong kawat duri tajam tersebut.

Proses menyelamat menjadi lebih mudah dan anjing terbabit akhirnya berjaya diselamatkan. Video terbabit juga berakhir dengan seorang penunggang basikal menawarkan air kepada Nahur untuk mencuci tangannya.

Situasi ini jelas telah menyentuh hati rakyat Malaysia. Ini juga memberi gambaran yang baik kepada kumpulan basikal yang sebelum ini tular dengan beberapa pandangan negatif.

Sumber Artikel

Baca Juga Artikel : [VIDEO] Polis Trafik Disyaki Mabuk, Memandu Lawan Arus

(Visited 8 times, 1 visits today)

COMMENTS