TV3 TEGUR PELAKON DAN PRODUKSI.BABAK YANG DILAKONKAN TIDAK DAPAT KELULUSAN STESEN TV.
TV3 TEGUR PELAKON DAN PRODUKSI.BABAK YANG DILAKONKAN TIDAK DAPAT KELULUSAN STESEN TV.

TV3 TEGUR PELAKON DAN PRODUKSI.BABAK YANG DILAKONKAN TIDAK DAPAT KELULUSAN STESEN TV.

Angkara Zul Arifin tanpa memikirkan sensitiviti netizen dengan berkongsi video adegan kurang sopan di laman sosial,TV3 menegur pelakon dan kru atas perbuatan itu.

Menerusi kenyataan,Sistem Televisyen Malaysia Berhad(TV3) memandang serius dan mengambil berat akan suara dan pandangan orang ramai berkenaan klip video adegan drama Perempuan itu.

Tambahan,adegan yang ditunjukkan tidak sesuai disiarkan apatah lagi untuk tujuan promosi.

Malah babak panas itu tiada dalam perbincangan atau mendapat kelulusan daripada pihak stesen.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana pengisian drama-drama tempatan mestilah ikuti garis panduan yang ditetapkan oleh Lembaga Penapisan Filem(LPF).

“Ingin juga mengingatkan kepada semua pihak yang meliputi produksi dan pelakon supaya menjadi lebih peka kepada tindak tanduk yang dilakukan untuk menjaga sensitiviti agama dan masyarakat terutamanya dalam menjayakan mana-mana drama,”Ulas kenyataan itu.

Pada Jumaat Malam,Laman Instagram milik Zul Ariffin diserang netizen selepas dia memuatnaik babak panas drama lakonannya.

Video tersebut memperlihatkan Zul Arifin mendukung Siti Hariesa dari depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk ditayangkan kepada masyarakat dalam negara ini.

Bukan sahaja dikecam malah video tersebut turut mendapat perhatian Menteri Agama iaitu Senator Datuk Idris Ahmad termasuklah para pendakwah yang turut bersama menegur babak panas berkenaan.

Bagaimanapun,pengarahnya iaitu Ain Sharif menjelaskan adegan yang bocor itu merupakan rakaman kedua dan mungkin tidak akan ditayangkan di Televisyen dan hanya sebagai untuk tujuan publisiti.

(Visited 38 times, 1 visits today)

COMMENTS