UMNO akan keluar PN?

UMNO akan keluar PN?

UMNO dilihat bakal mengorak langkah yang seterusnya selepas apa yang terjadi kepada Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Razak apabila beliau didapati bersalah ke atas semua tujuh pertuduhan semalam yang melibatkan penyalahgunaan kuasa membabitkan dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd.

Hari ini menerusi satu ‘posting’ di laman Facebook, Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membangkitkan soal keikhlasan dan kejujuran dalam berkongsi kuasa.

Di dalam tulisannya beliau dilihat mempersoalkan kejujuran yang telah terjalin dan mungkin beliau cuba merujuk kepada persetujuaan yang telah dicapai ketika membentuk kerajaan PN. “Apabila keikhlasan dan kejujuran diketepikan, sebarang perkongsian harus dinilai semula,” katanya dalam laman Facebooknya hari ini”.

“Untuk berkongsi hidup, apatah lagi berkongsi kuasa, keikhlasan dan kejujuran merupakan prinsip utama perkongsian.

Semalam, Ahamd Zahid memberi gambaran pihaknya akan membuat satu “keputusan politik besar” susulan keputusan kes mahkamah terhadap Najib.

“Saya amat simpati dan berasa sedih bukan hanya sebagai seorang presiden Umno, yang paling penting, beliau adalah sahabat saya. Tapi ini bukan penghujung dunia. Namun, tentunya kita akan mengambil sesuatu keputusan politik yang agak besar hasil daripada keputusan (mahkamah) yang dibuat hari ini,” katanya.

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (2 )