UMNO dan PAS Kedah bergolak, MB cetus api perpecahan?
UMNO dan PAS Kedah bergolak, MB cetus api perpecahan?

UMNO dan PAS Kedah bergolak, MB cetus api perpecahan?

Umno Kedah hari ini mengecam Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor bahawa kenyataan kritisnya terhadap Umno adalah alasan untuk mencari helah meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).

Dalam kenyataan media hari ini, Setiausaha Umno Kedah Hashim Jahiya berkata bahawa tindakan Sanusi memperlekeh Barisan Nasional (BN) di Kedah menunjukkan dia tidak menghargai lagi Muafakat MN.

Malah, katanya, ia sangat bertentangan dengan “fatwa” PAS yang kononnya nekad mahu memperkukuh MN.

“Jelas bahawa segala tohmahan MB Kedah itu bagaikan alasan untuk mencari helah meruntuhkan MN, bukan mengukuhkan MN.

“Mungkin ini kenyataan beliau itu juga bertujuan mengaburi mata penyokong PAS di Johor yang khabarnya lebih sayangkan ukhuwah MN.

“Setelah mengeratkan silaturrahim bersama Umno-BN di PRK Tanjung Piai tempoh hari, sudah tentu ramai penyokong PAS yang keliru apabila MB Kedah ajar berkelahi dengan Umno-BN, sebaliknya menyeru untuk menyokong Bersatu yang menipu mereka hidup-hidup pada PRU ke-14 lalu.

“Mungkin sedih almarhum murabbi PAS Kedah diatas ketidakbijaksanaan kewarasan MB PAS ini,” kata Hashim.

Persengketan antara PAS dan Umno kembali menjadi hangat setelah pemimpin dari kedua-dua parti mengecam satu sama lain menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Terbaru, Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS dilaporkan berkata bahawa kestabilan politik hanya boleh dicapai jika Umno dan BN disekat kemaraannya untuk kembali memerintah.

Ketika merasmikan Himpunan Petugas Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Kawasan Pulai di Johor, semalam, Sanusi berkata bahawa Umno-BN selepas mendapat kuasa mempunyai kecenderungan untuk mencetuskan pilihan raya negeri.

(Visited 30 times, 1 visits today)

COMMENTS