Umno gusar "Khemah Besar" Pakatan Harapan mampu hancurkan mereka
Umno gusar “Khemah Besar” Pakatan Harapan mampu hancurkan mereka

Umno gusar “Khemah Besar” Pakatan Harapan mampu hancurkan mereka

UMNO tidak memandang rendah strategi Pakatan Harapan (PH) untuk mewujudkan kerjasama ‘khemah besar’ bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 walaupun tidak semudah membuat goreng pisang. Tetapi Umno gusar “khemah besar” Pakatan Harapan mampu hancurkan mereka.

Menurut Naib Presidennya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, persediaan wajar dilakukan sekiranya kerjasama yang mahu diwujudkan oleh parti lawan berjalan seperti yang dirancang.

“Dalam politik orang tidak akan berhenti memikirkan strategi. Dalam politik juga ada dua perkara iaitu ‘never stop thinking’ dan ‘the art of possibility’.

“Saya fikir strategi ‘khemah besar’ yang dirancang oleh Pakatan Harapan untuk hadapi pilihan raya akan datang tidak semudah menyediakan pisang goreng. Apa sekalipun kita tetap anggap ia persaingan dan kita akan hadapinya,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka, dekat sini.

Umno gusar “Khemah Besar” Pakatan Harapan mampu hancurkan mereka

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata demikian selepas Majlis Iftar Bersama Warga Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada petang Jumaat.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, parti lawan akan mencari jalan setiap kali menjelang pilihan raya dan strategi ‘khemah besar’ adalah sebahagian daripadanya.

Pada Isnin lalu media melaporkan Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, bahawa konsep ‘khemah besar ‘yang dicadangkan PH sebelum ini tidak merangkumi penyatuan atau kerjasama dengan parti-parti yang berada dalam kerajaan sama ada UMNO, Bersatu dan Pas.

Tegasnya, kerjasama itu adalah soal penyatuan dan kerjasama parti-parti pembangkang bagi menghadapi PRU15

(Visited 753 times, 1 visits today)

COMMENTS