UMNO nak PRU15 tahun ini?
UMNO nak PRU15 tahun ini?

UMNO nak PRU15 tahun ini?

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menggesa Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman supaya “memberi pencerahan” kepada rakyat mengenai bilakah sepatutnya pilihan raya umum ke-15 (PRU15) boleh diadakan.

“Adakah akhir tahun? Atau adakah kita perlu tunggu penggal Parlimen sekarang tamat atau selepas Mei 2023?” katanya kepada FMT.

“Memandangkan Datuk Seri Tajuddin kata saya ‘menekan’ Perdana Menteri untuk mengadakan PRU15, mungkin beliau boleh menasihatkan semua ahli Umno, bilakah masanya kita patut adakan PRU15.”

Mohamad berkata, akar umbi termasuk sayap Pemuda dan Puteri mencadangkan supaya PRU15 diadakan lebih awal sebelum penggal Parlimen berakhir pada 2023.

“Tapi tak mengapa, mungkin beliau lebih tahu berbanding akar umbi. Jadi biarlah beliau mencadangkan masa yang sepatutnya untuk adakan PRU15.”

Awal minggu ini, Tajuddin menuduh Mohamad “menekan” Perdana Menteri untuk mengadakan PRU15 segera ketika kerajaan kini stabil selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Pakatan Harapan (PH) tahun lalu.

Bagaimanapun Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Tok Mat menafikannya. Beliau berkata, isu itu berpunca daripada jawapannya kepada soalan pengundi sama ada Umno akan mendesak supaya diadakan PRU15 sekiranya memenangi pilihan raya negeri (PRN) Johor pada 12 Mac.

Mohamad berkata, PRU15 perlu disegerakan tanpa mengira keputusan PRN Johor kerana pentadbiran semasa di Putrajaya tidak dipilih oleh rakyat dan ketidakstabilan politik di negara ini menjejaskan rakyat dan ekonomi.–FMT

(Visited 14 times, 1 visits today)

COMMENTS