United sekadar seri, Man City melebarkan jurang 4 mata di persada liga
United sekadar seri, Man City melebarkan jurang 4 mata di persada liga

United sekadar seri, Man City melebarkan jurang 4 mata di persada liga

Ole Gunnar Solskjaer percaya jentera serangan Manchester United perlu lebih tajam selepas sekadar seri 0-0 ketika bertemu
Arsenal sekali gus keputusan mengecewakan kali kedua sepanjang tempoh empat hari dalam usaha mereka memburu kejuaraan Liga Perdana.

Jentera serangan United terdiri daripada Marcus Rashford, Edinson Cavani, Anthony Martial dan Bruno Fernandes kini hanya
menjaringkan satu gol daripada lima perlawanan liga.

Hanya Cavani paling menonjol pada perlawanan hari ini apabila melakukan dua cubaan tepat namun Arsenal selaku tuan rumah
pastinya lega memperoleh satu mata selepas tidak dapat menurunkan Pierre-Emerick Aubameyang, Bukayo Saka dan Kieran Tierney.

Manchester City membuka jurang tiga mata di persada Liga Perdana bersama satu perlawanan dalam tangan ketika skuad kendalian Pep Guardiola menewaskan Sheffield United 1-0.

Aston Villa pula mara di atas Gunners ke kedudukan kelapan selepas tandukan Ross Barkley memberikan kemenangan 1-0 di Southampton.

Sementara itu, Newcastle keluar daripada zon penyingkiran dengan kemenangan pertama dalam 12 perlawanan, menewaskan Everton 2-0 manakala dua pasukan bawahan, West Brom dan Fulham seri 2-2.

(Visited 6 times, 1 visits today)

COMMENTS