UPDATE COVID-19 : JEMAAH TABLIGH KORBAN YANG KE 12.
UPDATE COVID-19 : JEMAAH TABLIGH KORBAN YANG KE 12.

UPDATE COVID-19 : JEMAAH TABLIGH KORBAN YANG KE 12.

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak duabelas (12) orang setakat ini.

Kes kematian keduabelas ini (kes ke-1114) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 70 tahun. Beliau merupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Seri Petaling dan dirawat di Hospital Kluang.

Kesihatannya merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.

SUMBER : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

(Visited 3 times, 1 visits today)

COMMENTS