Ustaz Kasim Mahu Berjumpa Pendakwah Selebriti Kontroversi
Ustaz Kasim Mahu Berjumpa Pendakwah Selebriti Kontroversi

Ustaz Kasim Mahu Berjumpa Pendakwah Selebriti Kontroversi

Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim berhajat mahu berjumpa
dengan pendakwah selebriti yang terkait dengan kontroversi sehingga mencalar nama baik dan imej golongan itu.

Ustaz Kazim berkata, beliau berasa bertanggungjawab untuk berjumpa dengan peserta program seperti Da’i dan Pencetus Ummah (PU) bagi mengelak kontroversi terus memberi imej buruk kepada golongan pendakwah.

Baca Juga : [VIDEO] “Saya Maafkan Mereka Yang Pernah Mengutuk Saya “- Da’i Syed

“Sebagai seorang yang pernah terbabit secara langsung dengan program agama selaku bekas guru dan juri mereka saban tahun, mungkin saya akan kumpulkan semua barisan Da’i dan PU untuk suatu perjumpaan,” kata Ustaz Kasim.

“Menerusi pertemuan dapat bertukar fikiran dan berkongsi pandangan bagi melahirkan pendakwah yang lebih berkualiti.

“Selain itu, ada yang membangkitkan cadangan agar menubuhkan suruhanjaya bagi mengiktiraf pendakwah. Kita ada suruhanjaya mengiktiraf doktor, akauntan dan sebagainya.

Berbincang mengenai kontroversi yang membabitkan Dai’ Syed, Ustaz Kazim berharap netizen tidak terburu-terburu menjatuhkan hukuman.

“Jadi untuk barisan ustaz juga perlu ada badan khas yang memberikan tempoh tertentu atau syarat kelayakan bagi melayakkan mereka digelar ustaz,”

“Untuk kes ini, biar mahkamah menentukan, kita serahkan pada pihak mahkamah untuk soal itu. Sebagai orang Islam kita tak boleh hendak menjatuhkan hukum sebelum mahkamah menentukan kesalahan seseorang.

“Bagi kami, yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar. Jadi berharap netizen memberi ruang dan waktu untuk perbicaraan dilakukan.

“Tunggu sampai keputusan dijatuhkan, kalau bersalah, dia tetap salah walau siapa dia sekalipun.

“Bagaimanapun, kita kena menggunakan konsep hikmah dalam perkara ini. Konsep itu antara yang dibincangkan dalam pertemuan ini,” kata Ustaz Kasim.

Sebelum ini, Dai’ Syed, 25, ditahan pada 27 November lalu bagi membantu siasatan kes salah laku seks dan juaga beliau turut berdepan pertuduhan merogol.

Baca Juga : Da’i Syed akhirnya dihadap ke mahkamah

(Visited 9 times, 1 visits today)

COMMENTS