Usus perut terburai ditanduk lembu sado ketika membantu rakan

Usus perut terburai ditanduk lembu sado ketika membantu rakan

Hasrat murni seorang lelaki membantu rakannya yang juga penternak, merawat seekor lembu sado yang cedera di kaki, bertukar tragedi apabila mangsa itu ditanduk ternakan itu hingga terburai perut, semalam.

Ibarat pepatah berpantang maut sebelum ajal, nasib baik nyata menyebelahi mangsa dikenali sebagai Hakim, 50, itu yang kini stabil dalam rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Kejadian berlaku jam 8 pagi ketika mangsa ke ladang lembu berkenaan di Kampung Chakadong, Bukit Tembaga, Pokok Sena di sini untuk membantu pemiliknya.

Pemilik ladang lembu itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 30-an, berkata lembu sado peliharaannya seberat lebih satu tan itu, mengalami kecederaan di kaki.

Beliau berkata, dia amat terkejut melihat tindakan agresif lembu berkenaan.

“Selama ini hakim sering datang ke ladang untuk membantu saya menjaga lembu di sini. Semalam, lembu berkenaan bertindak agresif mungkin kerana tidak sihat.

“Namun sepanjang saya menternak lembu di sini tidak pernah berlaku kejadian seperti ini,” katanya ketika di temui di ladangnya hari ini.

Mat berkata, lembu sado baka ‘blonde’ itu baru berusia dua tahun lebih dan ketika kejadian ia bertindak menanduk Hakim sebanyak tiga kali ketika mereka sedang merawat kakinya sebelum berjaya ditenangkan.

Katanya, sejurus selepas kejadian itu, dia terus membawa Hakim ke Hospital Al Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan.

“Keadaan Hakim juga kini stabil sekarang,” katanya.

Video Kredit : MetroTV

BHarian

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )