Vaksin percuma bahan kempen parti kerajaan?
Vaksin percuma bahan kempen parti kerajaan?

Vaksin percuma bahan kempen parti kerajaan?

Isu pemberian vaksinasi percuma dilaksanakan kerajaan melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) tidak sepatutnya dijadikan bahan kempen parti politik sempena pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata ia memandangkan PICK merupakan usaha kerajaan yang dibentuk bersama gabungan parti Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Itu (pemberian vaksin percuma) melalui PICK adalah program bawah kerajaan persekutuan, di mana kerajaan dibentuk oleh parti BN, PN dan GPS. Jadi ia adalah satu program semua parti yang terlibat dalam kerajaan, program kebangsaan.

“Saya rasa tak perlulah kita jadikan sebagai bahan kempen pilihan raya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah kejohanan PUBG Offline Piala Ketua Bahagian Kota Iskandar di bilik gerakan BN kawasan itu hari ini.

Khairy berkata, mana-mana parti dalam gabungan kerajaan boleh “ambil kredit” berhubung program pemberian vaksin percuma untuk dijadikan modal politik pilihan raya namun ia tidak dilakukan kerana tidak perlu.

“Parti dalam kerajaan boleh (saja) ‘claim credit’, mungkin mereka boleh kata sebagai wakil dalam kerajaan, boleh ‘claim credit’, sama juga kalau BN nak buat benda sama boleh buat, kalau GPS nak buat mereka boleh juga, sebab siapa (parti) yang ada dalam kerajaan merekalah bertanggungjawab dalam program PICK,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan PN memasang papan iklan tertera tulisan “vaksinasi Covid-19 percuma kepada semua” sebagai bahan kempen sempena PRN Johor.-FMT

(Visited 24 times, 1 visits today)

COMMENTS