Victor akui terkejut & pelik Kedah gagal dapat 3 mata penuh
Victor akui terkejut & pelik Kedah gagal dapat 3 mata penuh

Victor akui terkejut & pelik Kedah gagal dapat 3 mata penuh

Dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi, Kedah terpaksa menggigit jari apabila Petaling Jaya City FC (PJ City) bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat 3-3.

Penyerang import Kedah, Ronald Ngah Wanja melakar hatrik di minit 20, 33 dan 65

Penyerang import Kedah, Ronald Ngah Wanja melakar hatrik di minit 20, 33 dan 65 manakala gol PJ City hadir menerusi Darren Lok minit 29, Mahali Jasuli (m-77) dan Khyril Muhymeen Zambri (m-83).

Baca Juga : Aksi ‘longlai’ Kedah berpunca masalah gaji? Ini ‘respon’ CEO Kedah

“Kita tak ada masalah, termasuk dalam padang atau luar padang, nampak situasi baik. Tapi bila kita bermain, ada saja kesilapan yang berlaku terutama di hujung perlawanan.”

Itu luahan kecewa penolong pengendali Kedah Darul Aman FC, Victor Andrag yang mengakui pening, hairan dan pelik mengapa pasukannya gagal meraih tiga mata penuh biarpun berjaya mendahului sebanyak tiga kali.

Victor yang hadir ke sidang media bagi menggantikan pengendali pasukan, Aidil Sharin Sahak selepas aksi terbabit mengakui kecewa dengan keputusan itu.

“Kita mendahului, kita mendahului…tiga kali kita di depan, tapi akhirnya kita lepaskan ia (tiga gol mudah).

“Kita tak pasti mengapa pemain kita tak boleh nak ‘organise’ antara mereka, sebagai jurulatih kita dah buat perubahan tapi pemain yang berada dalam padang.

“Kita bercakap dengan pemain dan kita cuba berbincang dengan pemain, harap makin hari kita nakkan positif. Namun ia masih berlaku, di minit-minit akhir kita hilang fokus,” katanya pada Harian Metro.

Ditanya desakan penyokong yang mahu perubahan dilakukan pada jendela perpindahan kedua hujung bulan ini, Victor akui ia perlu bagi memastikan skuad kembali mantap selepas ini.

Baca Juga: Tinggalkan Sarawak United, Sandro kembali sarung jersi Kedah?

“Sebagai jurulatih saya mohon maaf kepada peminat. Kami dalam pasukan mahukan kemenangan dan mentaliti pemain pun cuba nak menang.

“Yang jadi masalah apabila minit akhir menyebabkan kita gagal dapatkan keputusan,” katanya yang menyaksikan Kedah hanya mampu memungut satu mata daripada tiga aksi setakat ini selepas tewas kepada Sabah FC dan Melaka United sebelum ini.

(Visited 1,378 times, 1 visits today)

COMMENTS