[VIDEO] Aidil berang didakwa masih bereksperimen aksi Kedah-Melaka
[VIDEO] Aidil berang didakwa masih bereksperimen aksi Kedah-Melaka

[VIDEO] Aidil berang didakwa masih bereksperimen aksi Kedah-Melaka

Walaupun beraksi di laman sendiri, Kedah gagal memanfaatkan setiap peluang yang ada biarpun mendapat sorakan padu daripada para penyokong apabila tewas dengan keputusan 2-3 di tangan pelawat hasil dua jaringan Ifedayo Olusegun pada minit ke-23 dan 90 serta jaringan tunggal Emmanuel Oti pada minit ke-78.

Keputusan Liga Super Malaysia 2022 Kedah DA FC lawan Melaka United

Dua gol Kedah pula terhasil menerusi dua penyerang mereka iaitu Ronal Ngah Wanja pada minit ke-20 serta Syafiq Ahmad pada minit ke-36.

Baca Juga : Aidil akui tidak dapat terima aksi longlai Kedah DA FC

Pengendali Kedah iaitu Aidil Sharin jelas mengakui kesilapan individu para pemain menjadikan Melaka United mudah mengambil setiap peluang terhidang untuk mencatat gol terutama sekali di separuh masa kedua.

“Saya melihat kekalahan pada malam ini lebih daripada kesilapan individu para pemain sehingga memberi ruang buat lawan menguasai.

“Selain itu, para pemain dilihat tidak belajar daripada kesilapan lalu dan masih mengulanginya pada perlawanan sebentar tadi. Apa yang diharap agar pada perlawanan akan datang, mereka tidak lagi mengulanginya seperti ini,” jelas Aidil pada sidang media tersebut.

Ketika ditanya Semuanya BOLA kepada Aidil jika beliau masih membuat eksperimen dalam pasukannya sehingga kini hingga memberi kesan negatif dalam permainan, jelas Aidil agak berang dengan persoalan tersebut.

Tanya beliau kembali, apakah yang membuatkan pihak kami merasakan dirinya membuat eksperimen dalam pasukan dan seolah beliau tidak menginginkan kemenangan?

Menurut beliau, setiap perlawanan adalah penting dan tidak pernah terlintas dalam pemikiran Aidil untuk membuat eksperimen dalam pasukan.

“Apa yang menyebabkan kamu rasa saya sedang membuat eksperimen? Adakah kamu rasa setiap perlawanan kami tidak mahu menang dan hanya sekadar mahu bereksperimen?” tegas Aidil dengan sedikit berang sebelum beliau bangun dan mengakhiri sidang media.

Saksi video tersebut di bawah. Kredit Arena Hijau Kuning Facebook

Baca Juga : Aksi Syafiq Ahmad selepas 6 perlawanan Liga Super

(Visited 4,688 times, 1 visits today)

COMMENTS