[VIDEO] Aksi Tun Mahathir Tersilap Tunjuk Jari
[VIDEO] Aksi Tun Mahathir Tersilap Tunjuk Jari

[VIDEO] Aksi Tun Mahathir Tersilap Tunjuk Jari

Aksi Tun Mahathir yang secara tak sengaja menggunakan jari tengahnya ketika menjawab soalan wartawan dalam satu sidang khas di Yayasan Al Bukhary petang tadi nampaknya mencuit hati netizens.

Walaupun secara spontan dan kurang dari 10 saat, tetapi ia masih dapat menangkap perhatian netizens yang mengikuti sidang media tersebut.

Tun Mahathir menggunakan jari tengahnya itu ketika menjawab soalan wartawan samada beliau akan menerima sokongan ahli-ahli parlimen yang mempunyai kes mahkamah.
Tun berkata ia semuanya bergantung kepada keputusan ahli-ahli parlimen.

Tun berkata kerajaan mempunyai dua pilihan, samada berdepan dengan pilihanraya ataupun ahli-ahli parlimen membuat keputusan dalam Dewan Rakyat.

Aksi spontan Tun itu kemudiannya tular dan menjadi bahan troll di sosmed kerana netizens beranggapan ia mencuit hati.

Antara yang memulakan troll ialah pereka grafik kontroversi, Fahmi Reza. Beliau membandingkan aksi jari tengah Tun Mahathir itu dengan illustrasi yang pernah beliau hasilkan dulu pada tahun 2015.

Berkemungkinan besar Tun Mahathir sendiri tidak menyedari aksi jari tengahnya dirakam dan menjadi viral pada hari ini. – 14 Disember 2020.

Tonton videonya dibawah ini;

Artikel : Sozcyili

(Visited 3 times, 1 visits today)

COMMENTS