[VIDEO] Budak Lelaki Kena "Prank" Dapat Gaya Rambut Ronaldo(R9)
[VIDEO] Budak Lelaki Kena “Prank” Dapat Gaya Rambut Ronaldo(R9)

[VIDEO] Budak Lelaki Kena “Prank” Dapat Gaya Rambut Ronaldo(R9)

Seorang budak lelaki di United Kingdom terperanjat apabila harapannya untuk menggayakan rambut seperti bekas bintang
Real Madrid Cristiano Ronaldo yang dimahunya berubah menjadi gaya rambut bintang bolasepak Brazil Ronaldo Nazario.

Dalam satu video yang tular di media sosial, budak lelaki yang memakai baju Chelsea itu memberitahu ayahnya bahawa dia menginginkan gaya potongan rambut seperti ‘Ronaldo’ sambil menunjukkan gambar Cristiano Ronaldo.

Baca Juga : Kami Anak Kedah lancar kempen pelitup muka

Sebaliknya, ayahnya mempunyai idea lain dan mengambil keputusan untuk menjadikan anak lelakinya itu sama seperti Ronaldo dari Brazil dengan gaya potongan rambut separuhnya yang terkenal pada waktu dahulu.

Kanak-kanak tersebut tampak tidak puas hati dan kecewa setelah melihat dirinya di cermin manakala ayahnya tertawakannya dan berkata “Hanya ada satu Ronaldo!” sambil menunjukkan gambar Ronaldo Brazil itu.

Video tersebut telah tular di media sosial Twitter. Anda Boleh Saksikan Video Tersebut Di Bawah.

Baca Juga : Ladang Kelapa Sawit Jadi ‘port’ Perjudian

(Visited 85 times, 1 visits today)

COMMENTS