Video | DUN Melaka kecoh lagi, “babi naik nama”

Video | DUN Melaka kecoh lagi, “babi naik nama”

MELAKA: Hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ‘kecoh sebentar’ berikutan pertelagahan mulut antara Low Chee Leong (PH-Kota Laksamana) dengan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Chee Leong ketika mengajukan soalan tambahan berkenaan kesan Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (M-WEZ) terhadap Pantai Kundor dan pantai-pantai lain, tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan Norhizam.

Norhizam (Bebas-Pengkalan Batu) menjawab, sebagai individu yang bertanggungjawab terhadap nasib para nelayan, beliau akan mengambil tindakan sewajarnya, namun perlu melihat dahulu hasil Laporan Penilaian Impak Perikanan (FIA) di kawasan terlibat.

“Untuk projek M-WEZ ini saya selaku Exco kerajaan negeri, nelayan di bawah portfolio saya. Saya memang mengambil berat, setiap kali berlaku perubahan di laut, saya akan tahu.

“Saya digelarkan laksamana, laksamana laut. Jadi untuk saya bertindak, saya bergantung kepada laporan FIA. Kalau laporan teknikal kata ia mendatangkan kesan kepada laut, nelayan ataupun mata pencarian, saya akan ambil tindakan dan sekeras-kerasnya tidak bersetuju,” katanya.

Chee Leong kemudian meminta Norhizam mengumumkan dapatan FIA tersebut kepada Dewan dan menyifatkan bekas Timbalan Pengerusi DAP Melaka itu tidak memahami pertanyaan yang dikemukakan.
“Awak tak jawab soalan saya, saya mahu awak buat pengumuman. Awak tak faham soalan saya. Apakah FIA itu?

“Saya ambil berat terhadap Pantai Kundor, awak tak faham soalan saya. Biar Ketua Menteri yang jawab, awak bukan Ketua Menteri,” katanya.Norhizam menjelaskan, beliau tidak dapat mengumumkan FIA tersebut kepada Dewan kerana laporan berkenaan belum dikeluarkan pihak berwajib.

Situasi terus gamat dengan perdebatan kedua-dua wakil rakyat berkenaan, yang turut membawa kepada kata-kata tidak sepatutnya seperti ‘pengkhianat Pakatan Harapan’, ‘penderhaka’, ‘bangang’ dan ‘bodohnya babi pada nama’. —Utusan

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )