[VIDEO] Guru 'Rimbuk' Anak Autism Undang Kecaman Netizen
[VIDEO] Guru ‘Rimbuk’ Anak Autism Undang Kecaman Netizen

[VIDEO] Guru ‘Rimbuk’ Anak Autism Undang Kecaman Netizen

Patah hati kami apabila melihat sebuah video yang memaparkan tindakan seorang guru wanita yang menarik serta menghempas seorang kanak-kanak.

Lebih teruk lagi, kanak-kanak itu kemudiannya ditarik secara kasar ke meja makannya.

Video tersebut turut disulami dengan suara seorang wanita yang mempertahankan tindakannya berbuat demikian.

Menerusi perkongsian bapa kanak-kanak berkenaan di Instagram, kejadian tersebut berlaku di salah sebuah tadika pada 1 Oktober 2021.

Semuanya bermula apabila ibu bapa mendapati terdapat kesan-kesan lebam di bahagian muka serta belakang badan anak mereka.

Kejadian tersebut ternyata mengundang rasa marah netizen ditambah lagi dengan suara di samping video berkenaan yang mempertahankan tindakan kasar sedemikian.

Dalam perkongsian itu juga, satu laporan polis telah dibuat. Apa yang penting, semoga perkara ini tidak dibiarkan begitu saja.

Ramai mak ayah risau bila tengok anak-anak kena macam ini bila di tadika, kan?-GP

(Visited 9 times, 1 visits today)

COMMENTS