[VIDEO] Lampard Tidak Gembira Chelsea Seri
[VIDEO] Lampard Tidak Gembira Chelsea Seri

[VIDEO] Lampard Tidak Gembira Chelsea Seri

Chelsea gagal meredakan tekanan terhadap pengurus, Frank Lampard apabila Aston Villa bangkit daripada ketinggalan untuk
seri 1-1 di Stamford Bridge sebentar tadi ketika penularan COVID-19 di Manchester City menyebabkan pertembungan mereka
menentang Everton ditangguhkan.

Skuad kendalian Lampard kini hanya menang sekali daripada lima perlawanan terakhir liga dan ketinggalan enam mata di
belakang pendahulu, Liverpool di tangga keenam dan bermain lebih satu perlawanan berbanding juara bertahan itu.

Chelsea juga di belakang Villa menerusi perbezaan gol walaupun skuad kendalian Dean Smith bermain lebih dua perlawanan
dan pelawat berhak mendapat satu mata.

“Kini masa yang sukar dan anda perlu bertarung menghadapinya,” kata Lampard. “Tiada siapa yang mengecewakan saya malam ini, semua orang bermain dengan baik, kami hanya tidak bernasib baik.

Lampard membuat enam pertukaran terhadap skuad yang tewas kepada Arsenal 48 jam sebelum itu.

Olivier Giroud menjadi seorang daripada pemain yang dimasukkan ke dalam skuad dan pemain antarabangsa Perancis itu membuktikan kemampuan dengan jaringan pembukaan hasil tandukan selepas menerima hantaran Ben Chilwell yang juga jaringan kesembilannya musim ini.

Smith pula hanya membuat satu pertukaran daripada skuad yang bermain 45 minit dengan hanya 10 pemain ketika menang 3-0 Sabtu lalu mengatasi Crystal Palace.

Namun Villa tidak menunjukkan tanda keletihan pada babak kedua apabila menyamakan kedudukan menerusi Anwar El Ghazi yang meledak gol kelima musim ini hasil hantaran Matty Cash selepas lima minit bermula babak kedua. – AFP

(Visited 1 times, 1 visits today)

COMMENTS