[VIDEO] Penalti Ronaldo Tak Masuk Juventus Berdukacita
[VIDEO] Penalti Ronaldo Tak Masuk Juventus Berdukacita

[VIDEO] Penalti Ronaldo Tak Masuk Juventus Berdukacita

Cristiano Ronaldo gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika juara bertahan, Juventus seri 1-1 dengan Atalanta dalam saingan Serie A di laman sendiri pagi tadi.

Ini keputusan seri keenam dalam 12 perlawanan Juventus musim ini. Mereka kekal di tangga ketiga dengan 24 mata, empat mata di belakang pendahulu, AC Milan.

“Ini adalah perlawanan yang kami sepatutnya menang.

“Kami mencipta banyak peluang tapi gagal menyudahkannya. Apabila anda membiarkan perlawanan menjadi seimbang, apa sahaja boleh berlaku,” kata jurulatih Juventus, Andrea Pirlo.

Sepakan lencong Federico Chiesa meletakkan Juventus di depan pada minit ke-29, namun Atalanta membalas menerusi Remo Freuler, 12 minit selepas babak kedua bersambung.

Ronaldo yang turut melakukan beberapa percubaan bahaya terlepas peluang untuk menyempurnakan penalti pada minit ke-60 selepas Chiesa dikasari lawan.

Artikel : Utusan Malaysia

Video Di Bawah Ini :

(Visited 3 times, 1 visits today)

COMMENTS