[VIDEO] Pengadil 'cap ayam' bikin panas aksi Kedah-Sri Pahang?
[VIDEO] Pengadil ‘cap ayam’ bikin panas aksi Kedah-Sri Pahang?

[VIDEO] Pengadil ‘cap ayam’ bikin panas aksi Kedah-Sri Pahang?

Perlawanan ketiga Liga Super 2022 di antara pasukan Kedah Darul Aman dan Sri Pahang yang berlangsung pada semalam telah dicemari dengan aksi panas dan insiden kontroversi yang melibatkan antara pengadil dan pemain.

Hal ini kerana keputusan pengadil dalam perlawanan dilihat ‘berat sebelah’ dan telah menjadi persoalan oleh sesetengah penyokong bola sepak tempatan khususnya peminat pasukan Sri Pahang dek kerana 2 gol yang dibatalkan yang didakwa telah offside. Justeru itu insiden ini sekali gus telah meruntuhkan semangat pasukan Sri Pahang yang bernafsu mahu menjaringkan gol kemenangan.

Pada minit ke-62 permainan, rembatan kencang David Rowley gagal diselamatkan penjaga gol Kedah, Ilham Razali. Walau bagaimanapun gol tersebut telah tidak dikira kerana penjaga garisan mendakwa beliau berada pada kedudukan offside.

Memasuki minit ke-80 permainan, hantaran lintang Manuel Hidalgo telah ditanduk kemas oleh J. Martial. Tandukan itu amat kencang hingga menggegar jaring pasukan Kedah. Namun insiden pergelutan yang berlaku antara J. Martial dan pertahanan Kedah telah dikesan oleh pengadil. Jaringan tersebut juga akhirnya dibatalkan pengadil perlawanan.

Tidak terhenti setakat itu, keputusan pengadil perlawanan sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila percubaan daripada pemain Sri Pahang pada minit ke-89 permainan didakwa tidak melepasi garisan. Rembatan kencang susulan aksi lipat penjaga gol Sri Pahang itu tidak cukup untuk memberikan sekurang-kurangnya satu mata buat pasukan Sri Pahang.

Gol tunggal pemain pertahan pasukan Kedah, Rodney Kelvin sudah cukup menutup meranapkan pasukan pahang sekali gus menutup drama dan insiden kontroversi perlawanan tersebut.

Baca Juga: Kedah DA (FC) kekalkan rentak kemenangan tundukkan Sri Pahang di Darul Aman

(Visited 171 times, 1 visits today)

COMMENTS