[VIDEO] Penjenayah rempuh kereta, lori, lolos dari polis di Sungai Buloh

[VIDEO] Penjenayah rempuh kereta, lori, lolos dari polis di Sungai Buloh

Dua anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah tayar sebuah kereta selepas pemandunya merempuh beberapa kenderaan untuk melepaskan diri di Bulatan Sierramas, Sungai Buloh.

Suspek bertindak agresif dan enggan menyerah diri walaupun keretanya dikepung anggota polis terbabit.

Kejadian berlaku sekitar 12.40 tengah hari tadi apabila anggota polis cuba menahan dua lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis
Proton Waja.

Bagaimanapun, dua lelaki itu enggan membuka pintu kereta walaupun berulang kali diarahkan polis.

Pemandu kereta sebaliknya merempuh lori dan kenderaan lain dalam cubaan untuk meloloskan diri.

Dua anggota polis yang berada di lokasi kejadian melepaskan tembakan ke arah tayar kereta itu.

Kereta penjenayah turut merempuh kenderaan lain, sebelum melepaskan diri.

Kereta penjenayah itu akhirnya ditemui ditinggalkan berhampiran MRT Damansara Damai, Harian Metro melaporkan.

Dua penjenayah di dalamnya dipercayai melarikan diri ke kawasan belukar berhampiran.

Ketua Polis Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan kejadian itu dan berkata anggota polis terbabit adalah dari Ibu Pejabat Polis Gombak, lapor The Star. -FMT

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )