[VIDEO] Polis siasat kes pelajar samseng
[VIDEO] Polis siasat kes  pelajar samseng

[VIDEO] Polis siasat kes pelajar samseng

BUKIT Jalil:  Polis sudah menerima laporan berhubung kejadian pukul membabitkan seorang pelajar tingkatan tiga di Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bukit Jalil, di sini.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat mangsa semalam di Balai Polis Bukit Jalil.

“Kejadian dipercayai Isnin lalu apabila berlaku salah faham antara suspek yang berusia 15 dan 14 tahun.

“Mangsa dipukul menggunakan tangan dan kaki oleh kedua-dua suspek berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Mohamed Mokhsein berkata, aksi berkenaan dirakam oleh seorang individu sebelum tular di media sosial sejak semalam.

“Seorang wanita yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan meleraikan pergaduhan terbabit.

“Setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya membuka kertas siasatan berhubung kejadian mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

(Visited 8 times, 1 visits today)

COMMENTS