[VIDEO] Rumah hangus dijilat api di Gunung Keriang
[VIDEO] Rumah hangus dijilat api di Gunung Keriang

[VIDEO] Rumah hangus dijilat api di Gunung Keriang

[Dikemaskini] Perkhabaran menyedihkan petang ini diterima oleh KedahKini apabila sebuah rumah di Kampung Padang Gunung Mukim Padang Hang hangus dijilat api.

Kejadian berlaku lebih kurang jam 5.30 petang tadi mengakibatkan sebuah rumah hangus dijilat api yang marak. Sebanyak lima jentera bomba termasuk bomba sukarela kelihatan dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengawal api dari merebak ke kawasan yang berhampiran.

Menurut mangsa kebakaran Cikgu Latif beliau mendengar bunyi percikan di tingkat atas dan setelah naik, beliau melihat percikan api mula merebak yang dipercayai berlaku kerana litar pintas. Ketika kejadian, Cikgu Latif bersama isteri dan seorang cucu di rumah tersebut.

Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Pihak KedahKini akan mendapatkan berita lanjut dari tempat kejadian dari masa ke semasa.

Video kebakaran.

(Visited 32 times, 1 visits today)

COMMENTS