[VIDEO]Arteta Lega Arsenal Temui Rentak Kemenangan
[VIDEO]Arteta Lega Arsenal Temui Rentak Kemenangan

[VIDEO]Arteta Lega Arsenal Temui Rentak Kemenangan

Mikel Arteta berpuas hati dengan persembahan barisan pemainnya selepas menewaskan Chelsea 3-1, awal pagi tadi yang
juga disifatkannya bakal menjadi titik permulaan buat kelab itu untuk terus bangkit dalam saingan Liga Perdana Inggeris, musim ini.

Skuad bimbingan Arteta hanya dipisahkan tiga mata daripada zon penyingkiran sebelum perlawanan di Stadium Emirates
itu selepas mengalami permulaan musim terburuk sejak 1974/1975.

Baca Juga : [VIDEO] Arteta Tidak Relevan Lagi, Arsene Wenger Patut Kembali?

Alexandre Lacazette membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti setelah Kieran Tierney dikasari di dalam
kotak penalti sebelum Granit Xhaka meledak gol cantik sepakan percuma yang kedua bagi membolehkan Arsenal
mendahului 2-0 sebelum tamat babak pertama.

Bukayo Saka menjaringkan gol ketiga Arsenal selepas waktu rehat sekali gus memberikan kemenangan pertama pasukan itu dalam lapan perlawanan.

Tammy Abraham menjaringkan gol pada lewat babak perlawanan buat Chelsea untuk merapatkan jurang namun, turut menyaksikan Jorginho gagal menyempurnakan penalti yang diperoleh pada minit akhir permainan untuk merapatkan jurang sekali gus tewas dalam perlawanan ini.

Dengan Brighton dan West Brom akan menjadi lawan seterusnya dalam jadual mereka pada Krismas kali ini, Arsenal perlu bermain dengan lebih konsisten bagi memberi peluang untuk kelab tersebut melonjak ke kedudukan yang lebih baik menjelang tahun 2021.

Baca Juga :Sisihkan Ozil Punca Arsenal Jadi Lemau?

(Visited 3 times, 1 visits today)

COMMENTS