Hanya 4 % mahu najib kembali jadi PM
Hanya 4 % mahu najib kembali jadi PM

Hanya 4 % mahu najib kembali jadi PM

BERITA SEMASA 4 APRIL 2022

Hanya empat peratus daripada pengundi mahukan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kembali memegang jawatan itu pasca PRU15.

Kajian khas ini dibuat oleh Bekas Naib Presiden PKR Sdr Rafizi Ramli.Kajian ini mendapati bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pilihan terakhir Calon Perdana Menteri pilihan rakyat berbanding 5 tokoh politik lain termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad,Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato’ seri Anwar Ibrahim,Dato’ Seri Zahid Hamidi dan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

Rafizi yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan berkata Dato’ Seri Ismail Sabri merupakan individu paling tinggi menerima undian iaitu sebanyak 21%.

Dalam satu wawancara portal berita tempatan,Rafizi berkata kajian tersebut membabitkan 2500 responden dan diadakan pada setiap bulan.Tambahnya lagi,60% responden menolak mana-mana nama besar tokoh politik itu yang menandakan pengundi mahu pembaharuan dikalangan kepimpinan negara.

 

sumber:Sinar Harian

Baca Juga:

Rafizi kembali bidas Najib tentang cadangannya menyelamatkan Sapura Energy Berhad

Gempar!! Umno umum ‘bercerai’ dengan Bersatu?

(Visited 33 times, 1 visits today)

COMMENTS