VIRAL | Nasi Briyani Ayam Goreng RM1 untuk golongan Asnaf

VIRAL | Nasi Briyani Ayam Goreng RM1 untuk golongan Asnaf

Nasi Briyani RM1 untuk golongan asnaf

Pernahkah anda terfikir untuk membeli sebungkus Nasi Briyani berlauk ayam goreng, lengkap dengan sebiji telur rebus, dalca dan sebotol air minuman dengan harga hanya RM1.00 sahaja?

Hampir mustahil untuk mendapatkan hidangan lengkap tersebut dengan harga semurah itu di zaman ini.

Namun, itulah yang berlaku hari ini apabila hidangan yang lazimnya berharga melebihi RM6.00 itu dijual dengan harga RM1.00 sahaja oleh sekumpulan sukarelawan dari Yayasan Bunga Raya-Kedah bertempat di Jalan Sultanah Sambungan berhampiran dengan Taman Wira, Mergong hari ini.

Menurut jurucakap sukarelawan Yayasan Bunga Raya, Firdaus Shater, harga istimewa itu adalah untuk sebungkus hidangan lengkap beserta sebotol air minuman bagi semua orang yang memerlukan.

“Warung Asnaf ini kami sediakan untuk mereka yang sangat memerlukan. Sesiapa sahaja boleh datang untuk membeli makanan yang disediakan dengan hanya RM1.

“Namun bagi mereka yang mempunyai lebih kemampuan, digalakkan untuk menyumbang bagi menjayakan program seumpama ini di masa hadapan.

Inisiatif yang digerakkan oleh Yayasan Bunga Raya-Kedah itu bertujuan bagi membantu golongan asnaf untuk mendapatkan hidangan istimewa dengan harga yang paling murah serta menggalakkan orang ramai menyumbang untuk menjayakan program seumpama ini di masa hadapan.

Pagi ni saya dan team Yayasan Bunga Raya – Kedah menjayakan satu program yang dinamakan “WARUNG ASNAF”.

Bantuan…

Posted by Firdaus Shater on Monday, 22 March 2021

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )