Viral : Video seorang pengetua pusat asuhan mencederakan anak autistik
Viral : Video seorang pengetua pusat asuhan mencederakan anak autistik

Viral : Video seorang pengetua pusat asuhan mencederakan anak autistik

Sejak semalam, tular sebuah video dikongsikan seorang lelaki dikenali sebagai Tengku Aminuddin Shafiq memaparkan seorang wanita yang didakwa mengasari anak lelakinya, Tengku Noah. Video tersebut bagaimanapun, meraih pelbagai respon daripada warganet yang rata-ratanya mengecam tindakan wanita itu.

‘Saya terkilan dan sangat marah’

Ujar lelaki ini, dia sangat marah dan terkilan dengan nasib yang menimpa anaknya berlaku Jumaat yang lalu (1 Oktober). Difahamkan, anaknya merupakan seorang pelajar di sebuah tempat khusus bagi kanak-kanak autistik.

Sebelum ini, saya perasan ada lebam dekat bahagian badan dan muka, tetapi saya masa itu masih positif dan ingat mungkin Noah terlalu aktif di sekolah. Mungkin dia terlanggar kepala dia dekat dinding dan kami percaya dengan tempat tersebut.

Mengulas lebih lanjut, lelaki ini mendakwa sejurus sahaja mengambil anaknya pulang dari tempat berkenaan dia mendapati terdapat kesan di bahagian belakang anaknya.

Anak saya dari video ini dengan jelas takut dengan guru yang merupakan Pengetua di ***** tersebut, takut akan di apa-apakan oleh guru tersebut dan saya tidak lihat di mana-mana klip CCTV (yang saya sempat rekod dan yang saya tidak dibenarkan untuk rekod dan enggan ditunjuk semula oleh pihak *****) yang anak saya bertindak kasar.

Kesalahan anak saya ialah dia tidak mahu makan. Makanan diluah keluar semula dari mulut. Saya tidak rasa tindakan mereka mengheret anak saya di atas lantai dan mencederakan anak saya sebagai suatu tindakan yang munasabah dan tetapi merupakan satu tindakan yang tidak masuk akal.

Pada masa yang sama, lelaki ini turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh wanita ini sedangkan dia setiap bulan tanpa gagal membayar yuran kepada pusat tersebut.

Adakah ini teknik dan cara yang diamalkan oleh pakar ataupun seorang yang berpengalaman sebagaimana yang diwar-warkan oleh pihak Centre, dalam mengendalikan anak-kanak autism? Dengan menggunakan kekerasan?

Anak saya didera paksa makan kerana dia seorang “picky eater”, kes ini telah dilanjutkan ke pihak Polis dan pemeriksaan kesihatan (fizikal dan juga dalaman) telah dilakukan oleh pihak Hospital dan tindakan undang-undang telah diambil oleh pihak kami.

Telah ditahan polis

Foto: Tengku Aminuddin Shafiq

Terbaru menerusi laporan Kosmo, wanita berkenaan yang didakwa mengasari kanak-kanak lelaki itu telah ditahan oleh pihak polis . Ujar Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak wanita berkenaan berusia 51 tahun dan merupakan warganegara asing telah ditahan di pekarangan Pejabat Siasatan Seksual Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Tangkapan dibuat ke atas wanita berkenaan susulan satu laporan polis yang diterima daripada ayah mangsa iaitu seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun setelah dia mendapati ada kesan lebam pada bahu kiri dan kedua-dua belah mata anaknya yang berusia 6 tahun 9 bulan.

Salah seorang cikgu di situ memaklumkan kepada bapa mangsa bahawa anaknya telah menghantukkan kepala pada meja kerana tidak mahu makan mengakibatkan lelaki itu curiga dan mahu memeriksa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

Jelas Farouk lagi, hasil semakan CCTV mendapati suspek dipercayai bertindak agak kasar berikutan kanak-kanak tersebut yang enggan untuk makan.

Pemeriksaan lanjut ke atas suspek yang ditahan mendapati pas lawatan miliknya disyaki telah tamat tempoh lebih kurang 1 tahun 3 bulan dan dia kini di dalam tahanan reman sehingga 5 Oktober ini bagi membantu siasatan.

Pusat asuhan berkenaan dikesan telah beroperasi selama tujuh tahun dan semakan mendapati status lesennya didapati telah tamat tempoh selama dua bulan dan pengesahan lanjut akan dibuat kemudian.

Siasatan berhubung kejadian dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu pengabaian kanak-kanak dan Seksyen 15(1) Akta Imigresen 1952 iaitu tinggal lebih masa dan tiada atau pas sosial tamat tempoh.

Oh Bulan!

(Visited 26 times, 1 visits today)

COMMENTS