Vokalis Kumpulan Projek Pistol juara GV7
Vokalis Kumpulan Projek Pistol juara GV7

Vokalis Kumpulan Projek Pistol juara GV7

Menepati jangkaan, penyanyi, Cliff Umar diumumkan sebagai juara program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) yang melabuhkan tirainya malam tadi.

Berjaya membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000, pakej penginapan serta trofi, Cliff berjaya mengetepikan enam peserta lain yang berentap di pentas akhir menerusi tiga persembahan.

Cliff mempersembahkan lagu berjudul Nakal dalam segmen solo, duet bersama Noryn Aziz menerusi lagu Do Anything For Love dalam segmen duet, dan tampil dengan lagu Inilah Nasibku dalam segmen ‘battle’ bersama dua peserta lain iaitu Muss dan Oja.

Sementara itu, tempat kedua pula dimenangi oleh Muss dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000, pakej penginapan dan trofi.

Tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh Ayu Damit serta Noraniza Idris, dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000 dan RM20,000, pakej penginapan serta trofi.

Pemenang tempat kelima dan keenam pula ialah Linda Nanuwil dan Oja pula yang berjaya meraih hadiah wang tunai bernilai RM15,000 serta RM10,000, pakej penginapan serta trofi.

Pemenang tempat ketujuh, Ashira tidak pulang dengan tangan kosong dan turut menerima hadiah wang tunai RM5,000, pakej penginapan serta trofi.

Selain itu, Cliff turut menerima Anugerah Bintang Paling Power Meow secara automatik.

Acara kemuncak GV7 yang diacarakan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, menampilkan empat juri iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Syafinaz Selamat dan Joe Flizzow.

Sumber : Harian Metro

(Visited 66 times, 1 visits today)

COMMENTS