Wang pampasan untuk saham akhirat arwah Adib-Bapa Arwah Adib
Wang pampasan untuk saham akhirat arwah Adib-Bapa Arwah Adib

Wang pampasan untuk saham akhirat arwah Adib-Bapa Arwah Adib

Wang pampasan RM1.5 juta diterima daripada kerajaan digunakan untuk membantu keluarga dan sebagai “saham” akhirat Muhammad Adib, kata bapanya Mohd Kassim Abdul Hamid.

Kassim, 66, bersyukur menerima wang itu pada 29 Nov lalu seperti diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

“Wang itu akan digunakan untuk saham akhirat arwah. Saya akan gunakan sebaik mungkin untuk kelangsungan hidup kami sekeluarga, dalam masa sama wang ini akan turut disumbangkan kepada masjid.

“Saya juga akan guna wang ini untuk mewakafkan sesuatu atas nama arwah. Kami sekeluarga akan lakukan yang terbaik untuk anak saya serta arwah,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Semalam, Ismail memaklumkan selain daripada pampasan, kes kematian anggota bomba itu kini sedang disiasat secara menyeluruh dan telus serta diberikan pembelaan sewajarnya.

Adib, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov 2018.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Adib menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).

Pada 27 Sept 2019, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Adib akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.

(Visited 15 times, 1 visits today)

COMMENTS