Wanita AMANAH negeri Kedah terus berbakti
Wanita AMANAH negeri Kedah terus berbakti

Wanita AMANAH negeri Kedah terus berbakti

PENDANG – Kisah adik Nur Atiqah yang tular di Facebook baru-baru ini terus mendapat perhatian ramai. Terbaru, Angkatan Wanita Amanah (AWAN) Negeri Kedah melalui ketua biro kebajikannya, Puan Che Gayah bt Man, turun menghulurkan sumbangan dirumah beliau, di Kampung Asam Jawa, Pendang Sabtu lalu.

“AWAN Negeri Kedah merasa terpanggil untuk turun menghulurkan sumbangan, memandangkan kesempitan hidup keluarganya, sementara kos penjagaan beliau yang tinggi. Kita juga berharap lebih ramai pihak tampil menghulurkan sumbangan dan bagi pihak AWAN negeri Kedah, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah sama-sama membantu keluarga ini.” Ujar beliau lagi.

Nur Atiqah Binti Noor Azman , 23 tahun , anak sulong dari 5 adik beradik telah dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim pada 11 April 2020 dan telah menjalani pembedahan pada bahagian kepala yang mengakibatkan strok dan pembedahan pada leher untuk saluran pernafasan (Tracheostomy).

Beliau yang dimasukkan ke ICU dan dipindahkan ke Hospital Lama Sungai Petani, telah dibenarkan pulang ke rumah pada 11 June 2020 tetapi masih dlm keadaan separa sedar dan kini bergantung hidup dengan susu khas yang dimasukkan melalui tiub pada hidung. Susu khas yang berharga hampir RM90.00 itu hanya dapat bertahan untuk 3 hari. Beliau tinggal bersama bapanya yang bekerja sebagai penoreh getah dan ibunya yang kini tidak dapat bekerja kerana perlu memberikan tumpuan penjagaan sepenuhnya kepada beliau.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berhubung dengan ibu beliau, Puan Latifah Binti Abdul Razak di talian 019-4079829 atau boleh terus ke alamat No 2H Kg Baru Asam Jawa, Padang Pusing, 06700 Pendang , Kedah. Sumbangan juga boleh dihulurkan melalui Akaun Bank Simpanan Nasional, nombor akaun: 0211229000058740 (Latifah Binti Abdul Razak).

(Visited 12 times, 1 visits today)

COMMENTS