Wanita Dirogol 6 Lelaki Bergilir-gilir Di Depan Suami & 2 Orang Anak
Wanita Dirogol 6 Lelaki Bergilir-gilir Di Depan Suami & 2 Orang Anak

Wanita Dirogol 6 Lelaki Bergilir-gilir Di Depan Suami & 2 Orang Anak

Seorang wanita berusia 26 tahun berdepan detik hitam apabila dia mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh sekumpulan lelaki. Lebih menyedihkan apabila suspek tergamak melakukan perbuatan keji itu di hadapan suami dan anak-anak mangsa.

Memetik laporan India Today, insiden terkutuk itu dipercayai berlaku ketika mangsa, suami dan dua orang lagi anaknya dalam perjalanan pulang dari kebun ke rumah yang terletak di daerah Dholpur, Rajasthan, India. Namun siapa sangka, di pertengahan jalan, mereka ditahan oleh enam orang lelaki yang membawa senjata api. Tidak terhenti di situ, suspek turut menyerang dan memukul suami mangsa menggunakan pistol.

Keenam-enam suspek kemudian bertindak agresif dengan merogol mangsa di tempat kejadian sambil disaksikan oleh suami dan anak-anak mangsa. Selepas melakukan perbuatan keji itu, kesemua suspek telah melarikan diri. Susulan daripada insiden yang berlaku, mangsa telah tampil membuat laporan di balai polis.

“Dua daripada enam suspek didakwa memperkosa wanita itu di hadapan suami dan anak-anaknya. Selepas melakukan jenayah itu, kesemua suspek melarikan diri.”

Pihak polis sedang giat memburu suspek dan kes disiasat atas kesalahan merogol dan serangan fizikal.

(Visited 130 times, 1 visits today)

COMMENTS